Aliey Faizal

'Isy Kariiman Aw Muth Syahiidan

Archive for Mei 27th, 2012

Aqidah Mukmin Siri 2 Abuya Ashaari bin Muhammad At Tamimi (I’tiqad Qadariah)

Posted by Aliey Faizal pada 27 Mei 2012

MATAN

PERKATAAN qadariah itu nisbah kepada qudrah. Maksudnya barang siapa beriktiqad segala perbuatan yang dilakukan manusia itu sama ada baik atau jahat semuanya terbit daripada usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri, sedikit pun tidak bersangkut paut dengan kuasa Tuhan lagi. Maka iktiqadnya itu dinamakar iktiqad qadariah. Yang demikian nyatalah fahaman iktiqad qadariah itu iaitu manusia sendiri memberi bekas padi segala perbuatan tetapi dengan qudrat yang dijadikar ALLAH Taala pada manusia.Iktiqad ini didapati menyalahi dengan ha1 kejadian manusia pada tiap-tiap masa kerana terlalu banyak kehendak manusia tidak tercapai dan selalu terbantut. kiranya manusia ada berkuasa yang bersendirian nescaya tidak ada siapa manusia yang mahu hidup di dalam sengsara. Hidup miskin, sakit tiada maju, bahkan semuanya hendak hidup senang-lenang, kaya-raya.

Maka nyatalah fikiran dan fahaman mazhab qadariah ini melampaui sempadan, seolah-olah tidak kenalkan Qudrah Tuhan. Maka mazhab ini hukumnya fasiq. Ada juga ulama mengatakan kafir. Tetapi yang muktamad tiada kafir kerana fahamannya itu mengadakan yang tiada (berkata mereka itu ada memberi bekas qudrah hamba, padahal qudrah hamba tiada boleh memberi bekas sama sekali).

IKTIQAD qadariah merupakan salah satu mazhab yang timbul di dalam masyarakat Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW. Sebelum kita memperkatakannya, sayugia kita ingat di sini bahawa perpecahan ataupun perselisihan iktiqad tidak berlaku pada zaman ketika Rasulullah masih hidup. Ketika itu Rasulullah SAW merupakan tempat rujuk para Sahabat jika timbul sebarang perselisihan.

Lazimnya, bagi setiap permasalahan yang timbul, ALLAH akan turunkan wahyu kepada Rasulullah SAW. Tetapi dalam beberapa hal, ALLAH hanya memberikan ilham kepada Rasulullah SAW, dan keluarlah Hadis-hadis daripada Rasulullah SAW bagi menyelesaikan perselisihan yang timbul. Jadi, Hadis-hadis yang keluar daripada kata-kata Rasulullah SAW sendiri itu juga merupakan wahyu daripada ALLAH yang tidak berbentuk ayat Al Quran. Ia berbentuk kata-kata daripada Rasulullah tetapi adalah ilham daripada ALLAH .SWT. Maka, hakikatnya, Hadis juga merupakan wahyu daripada ALLAH SWT,. Firman ALLAH SWT:

Terjemahan: Tidaklah dia (Rasulullah) bercakap mengikut hawa nafsunya tetapi adalah sesuatu yang diwahyukan oleh ALLAH SWT.
(An Najm: 3-4)

Kerana yang demikian, pada zaman Rasulullah SAW tidak timbul apa-apa perselisihan walau di sudut apa sekalipun. Apabila ada sahaja perselisihan, lantas Rasulullah menyelesaikannya. Tetapi Rasulullah SAW ada berkata, akan timbul dua bentuk perselisihan selepas beliau wafat, sebagaimana sabdanya:

Terjemahannya: Berselisihan fahamnya umat aku itu adalah menjadi rahmat.
(Riwayat: Al Baihaqi)

Kemudian sabda Rasulullah Saw lagi :

Terjemahannya: Akan berpecah belah umatku menjadi 73 puak. Kesemuanya dimasukkan ke dalam Neraka kecuali satu puak saja.

Inilah yang telah diceritakan oleh Rasulullah SAW tentang umat pada akhir zaman ini iaitu zaman kita ini yang mana akan wujud dua bentuk khilafiah atau, perselisihan faham di kalangan masyarakat Islam. Yang pertama, perselisihan yang menjadi rahmat; dan yang kedua, perpecahan umat Islam kepada 73 puak yang mana hanya satu puak sahaja yang terselamat manakala 72 puak yang lain terjun ke Neraka. Baca entri selengkapnya »

Posted in Kajian Islam | Dengan kaitkata: , | Leave a Comment »

Aqidah Mukmin Siri 2 Abuya Ashaari bin Muhammad At Tamimi (Bab 9 : Qudroh)

Posted by Aliey Faizal pada 27 Mei 2012

MATAN

Yang ketujuh AL QUDRAH. Ertinya kuasa Qudrah Tuhan memberi bekas pada mengadakan dan mentiadakan tiap-tiap sesuatu maka hakikatnya ialah satu sifat yang qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah Taala. Dengan Dia mengadakan tiaptiap yang ada dan mentiadakan tiap-tiap yang tiada bersetuju dengan Iradah. Adapun menyandarkan taksir (memberi bekas) kepada Qudrah itu majazi aqli (sindirin cakap yang difahamkan oleh akal) jua kerana yang memberi bekas pada hakikatnya itu zat yang Maha Suci, maka tidak ada perbuatan melainkan bagi-Nya. Demikian yang telah disebutkan oleh ulama muhaqqiqin, tetapi pada orang yang awam berkata Qudrah yang memperbuat atau katanya pandang olehmu perbuatan Qudrah ALLAH maka yang demikian itu haram, dan kata setengah ulama, makruh selama ia tidak beriktiqad Qudrah yang memberi bekas dengan sendirinya. Adapun jika ia mengiktiqadkan Qudrah yang memberi bekas dengan sendiri nescaya jadi kafir. Maka yang sebenarnya ialah Tuhan yang bersifat Qudrah mempunyai kebesaran dan perintahan yang meliputi, dan sekalian makhluk di dalam genggaman-Nya, yang bersendiri mengadakan apa-apa kehendak-Nya yang tiada dapat dikirakan. Tuhan sahaja yang mempunyai kuasa menjadikan dan mentiadakan, dan Ia sahaja yang berkuasa mengubah-ubah segala perjalanan alam dan ha1 yang berlaku di dalam masyarakat manusia kerana perintahan-Nya meliputi dan sekalian makhluk di dalam genggaman-Nya sekalipun pada pandangan zahirnya manusia yang melakukan, memperbuat dan mengerjakan tetapi hakikatnya ialah Tuhan. Hanya yang ada pada manusia itu usaha dan ikhtiar, itu pun tidak boleh memberi bekas pada mengadakan atau mentiadakan, hanya usaha dan ikhtiar itu pihak madkhal jua (jalan pada menjayakan sesuatu) misalnya seperti putus sesuatu benda maka jalan hendak putus benda itu mesti dengan dipotong. Maka bukan perbuatan potong itu memberi bekas pada memutuskan, bahkan sebenarnya yang memutuskan itu ialah Tuhan. Atau dengan ibarat lain diumpamakan manusia itu seperti qalam. Maka berjalanlah qalam itu pada menulis sesuatu huruf, sesuatu kalimah dengan mengikut kehendak si penulis. Yang demikian jadilah pada zahirnya qalam yang menulis. Adapun hakikatnya ialah mengikut kehendak tangan si penulis, ertinya penulis hakiki ialah Allah Taala.

Pengertian Al Qudrah

AL QUDRAH adalah perkataan Arab yang maknanya dalam bahasa kita ialah ‘kuasa” atau “daya upaya” atau “mampu” atau boleh juga kita maknakan sebagai “boleh”. Misalnya, kita berdaya upaya berpuasa atau mampu berpuasa dan sebagainya. Manakala maksud sifat Qudrah bagi ALLAH SWT ialah bahawa ALLAH berkuasa ataupun berupaya mengadakan sesuatu yang sepatutnya ada, dan berupaya atau berkuasa mentiadakan sesuatu yang sepatutnya tiada. Dengan pengertian yang lain, ALLAH berkuasa menghidupkan dan mematikan. ALLAH juga berkuasa memiskinkan dan mengkayakan. ALLAH berkuasa. memuliakan dan menghinakan, serta berkuasa juga menyakitkan dan menyihatkan atau menyembuhkan. Dan ALLAH juga berkuasa untuk membuat seseorang itu pandai dan membuatkan seseorang itu menjadi bodoh. Ertinya, ALLAH berkuasa berbuat apa saja. Apa saja yang ALLAH kehendaki, berupaya Dia lakukan. Inilah yang menjadi keyakinan kita atau pegangan Ahli Sunnah
Wal Jamaah. Kita tidak boleh menyimpan walau sedikit pun keraguan. Andaikata ada sedikit sahaja waham atau dicelah oleh
zan, maka seseorang itu jatuh syirik atau kafir atau pergi kepada murtad. Jadi, hendaklah kita kuatkan sungguh-sungguh keyakinan kita terhadap Qudrah Allah ini. Di dalam Al Quran, ALLAH berfirman:

Terjemahannya: Sesungguhnya ALLAH berkuasa ke atas setiap sesuatu.
(Al Baqarah: 20)

Ertinya, bagi apa saja di atas sesuatu itu iaitu siapa saja sama ada manusia atau haiwan atau kayu-kayan atau malaikat, dan apa saja sama ada di atas langit atau di bumi, di dunia ‘atau di Akhirat, ALLAH berkuasa di atas semuanya; sama ada mengadakan atau mentiadakan.
Kemudian di dalam Al Quran disebut:

Terjemahannya: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Dia. Dialah yang menghidupkan dun Dialah yang mematikan.
(Al AraJ 158)

Jadi, ALLAH SWT berkuasa menghidupkan sesuatu itu dan berkuasa pula mematikan sesuatu itu. Di dalam Al Quran juga ALLAH menceritakan tentang rintihan Nabi Ibrahim a.s.:

Terjemahannya: Dan ALLAH-lab yang member-i aku makan dan minum. Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan.
(As Syuara’: 79-80) Baca entri selengkapnya »

Posted in Kajian Islam | Dengan kaitkata: , | Leave a Comment »