Aliey Faizal

'Isy Kariiman Aw Muth Syahiidan

Aqidah Mukmin Siri 2 Abuya Ashaari bin Muhammad At Tamimi (I’tiqad Qadariah)

Posted by Aliey Faizal pada 27 Mei 2012

MATAN

PERKATAAN qadariah itu nisbah kepada qudrah. Maksudnya barang siapa beriktiqad segala perbuatan yang dilakukan manusia itu sama ada baik atau jahat semuanya terbit daripada usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri, sedikit pun tidak bersangkut paut dengan kuasa Tuhan lagi. Maka iktiqadnya itu dinamakar iktiqad qadariah. Yang demikian nyatalah fahaman iktiqad qadariah itu iaitu manusia sendiri memberi bekas padi segala perbuatan tetapi dengan qudrat yang dijadikar ALLAH Taala pada manusia.Iktiqad ini didapati menyalahi dengan ha1 kejadian manusia pada tiap-tiap masa kerana terlalu banyak kehendak manusia tidak tercapai dan selalu terbantut. kiranya manusia ada berkuasa yang bersendirian nescaya tidak ada siapa manusia yang mahu hidup di dalam sengsara. Hidup miskin, sakit tiada maju, bahkan semuanya hendak hidup senang-lenang, kaya-raya.

Maka nyatalah fikiran dan fahaman mazhab qadariah ini melampaui sempadan, seolah-olah tidak kenalkan Qudrah Tuhan. Maka mazhab ini hukumnya fasiq. Ada juga ulama mengatakan kafir. Tetapi yang muktamad tiada kafir kerana fahamannya itu mengadakan yang tiada (berkata mereka itu ada memberi bekas qudrah hamba, padahal qudrah hamba tiada boleh memberi bekas sama sekali).

IKTIQAD qadariah merupakan salah satu mazhab yang timbul di dalam masyarakat Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW. Sebelum kita memperkatakannya, sayugia kita ingat di sini bahawa perpecahan ataupun perselisihan iktiqad tidak berlaku pada zaman ketika Rasulullah masih hidup. Ketika itu Rasulullah SAW merupakan tempat rujuk para Sahabat jika timbul sebarang perselisihan.

Lazimnya, bagi setiap permasalahan yang timbul, ALLAH akan turunkan wahyu kepada Rasulullah SAW. Tetapi dalam beberapa hal, ALLAH hanya memberikan ilham kepada Rasulullah SAW, dan keluarlah Hadis-hadis daripada Rasulullah SAW bagi menyelesaikan perselisihan yang timbul. Jadi, Hadis-hadis yang keluar daripada kata-kata Rasulullah SAW sendiri itu juga merupakan wahyu daripada ALLAH yang tidak berbentuk ayat Al Quran. Ia berbentuk kata-kata daripada Rasulullah tetapi adalah ilham daripada ALLAH .SWT. Maka, hakikatnya, Hadis juga merupakan wahyu daripada ALLAH SWT,. Firman ALLAH SWT:

Terjemahan: Tidaklah dia (Rasulullah) bercakap mengikut hawa nafsunya tetapi adalah sesuatu yang diwahyukan oleh ALLAH SWT.
(An Najm: 3-4)

Kerana yang demikian, pada zaman Rasulullah SAW tidak timbul apa-apa perselisihan walau di sudut apa sekalipun. Apabila ada sahaja perselisihan, lantas Rasulullah menyelesaikannya. Tetapi Rasulullah SAW ada berkata, akan timbul dua bentuk perselisihan selepas beliau wafat, sebagaimana sabdanya:

Terjemahannya: Berselisihan fahamnya umat aku itu adalah menjadi rahmat.
(Riwayat: Al Baihaqi)

Kemudian sabda Rasulullah Saw lagi :

Terjemahannya: Akan berpecah belah umatku menjadi 73 puak. Kesemuanya dimasukkan ke dalam Neraka kecuali satu puak saja.

Inilah yang telah diceritakan oleh Rasulullah SAW tentang umat pada akhir zaman ini iaitu zaman kita ini yang mana akan wujud dua bentuk khilafiah atau, perselisihan faham di kalangan masyarakat Islam. Yang pertama, perselisihan yang menjadi rahmat; dan yang kedua, perpecahan umat Islam kepada 73 puak yang mana hanya satu puak sahaja yang terselamat manakala 72 puak yang lain terjun ke Neraka.

Perselisihan faham yang pertama dibenarkan oleh syariat. Tetapi bentuk perselisihan yang kedua itu hendaklah kita jauhi kerana kalau kita termasuk di dalam 72 puak itu, kita akan ikut terjun ke Neraka. Kita hendaklah berhati-hati dalam perselisihan ini kerana ia tidak dibolehkan. Dan ia telah pun berlaku dan sedang berlaku pada hari ini.

Perselisihan Faham Menjadi Rahmat

Perselisihan faham yang pertama seperti yang disebutkan oleh Rasulullah SAW sebagai menjadi rahmat kepada umat ialah perselisihan faham dalam perkara-perkara furuk atau perkara-perkara cabang atau perkara-perkara ranting yang ada di dalam ajaran Islam. Perselisihan ini tidak menyentuh soal-soal aqidah atau soal-soal yang asas di dalam ajaran’Islam.

Tentang mengapa berlakunya perselisihan faham dalam perkara-perkara ranting ini, banyak sebabnya dan ia memerlukan huraian yang panjang. Tetapi untuk pengetahuan kita, di sini cukuplah saya huraikan secara kasar sahaja. Di antara sebab-sebabnya ialah kerana tidak ada nas yang sahih, sama ada daripada Al Quran ataupun daripada Sunnah Rasulullah SAW, mengenai satu-satu masalah ranting.

Dan, apabila ha1 ini berlaku, ulama-ulama yang mampu berijtihad iaitu yang kita katakan ulama mujtahidin, menggunakan daya berfikir mereka untuk menyelesaikan masalah ranting itu. Mereka berijtihad mengeluarkan hukum kerana nas yang sahih dan yang jelas mengenainya tidak ada.

Sebab lain mengapa boleh terjadi khilafiah ialah kerana, sungguhpun ada keterangan atau nas yang sahih sama ada daripada Hadis atau Al-Quran, tetapi maknanya boleh ditakwilkan dengan berbagai-bagai pengertian. D a n a p a b i l a ha1 ini berlaku, maka ulama-ulama mujtahidin yang mampu berijtihad mengambil satu makna daripada beberapa pengertian itu yang diyakini benar. Dalam ha1 ini, kalau ada tiga ulama, maka terdapatlah tiga makna atau pendapat.

Cuba kita perhatikan satu contoh. Di dalam Al Quran, ada sepotong ayat yang menceritakan tentang ha1 yang membatalkan wudhuk. Ayat itu berbunyi:

Terjemahannya: Atau kamu menyentuh perempuan (maka batal air sembahyang). (Al Maidah:. 6)

Kalimah yang membawa maksud “menyentuh perempuan” di sini boleh ditakwil dengan berbagai-bagai makna. Ada makna yang majazi dan ada makna yang hakiki. Imam Shafie rahimahullahu taala mengambil terus daripada makna yang hakiki atau makna yang zahir. Dia tidak mahu mentakwil makna yang sebaliknya. Baginya, apabila bersentuh sahaja dengan perempuan yang bukan muhrim, maka batallah air sembahyang.

Tetapi sesetengah imam mujtahidin yang lain pula mentakwilkan maksud “menyentuh perempuan” itu dengan mengambil makna yang majazi. Mereka berpendapat bahawa perkataan yang membawa maksud “menyentuh” di sini ialah perkataan Allah, dan Allah pula sangat pemalu. Kerana itu Allah menggunakan perkataan yang halus. Mereka mentakwilkan “menyentuh” di sini sebagai bahasa Allah yang memberi pengertian persetubuhan. Jadi bagi ulama-ulama ini, sampai kepada peringkat persetubuhan, baharulah batal air sembahyang.

Ada sesetengah ulama lain pula mentakwilkan “sentuhan” sebagai sentuhan yang bernafsu. Ertinya, kalau bersentuh itu boleh menimbulkan nafsu, maka baharulah batal air sembahyang. Oleh itu, timbullah beberapa pendapat dalam soal “menyentuh perempuan” yang membatalkan air sembahyang.

Satu sebab lagi mengapa berlaku khilafiah ialah disebabkan oleh cara Hadis itu diterima oleh imam-imam mujtahidin itu. Pada setengah-setengah imam itu, Hadishadis tidak sampai kepada mereka. Maka mereka tidak berhukum kepada Hadis. Bagi setengah-setengah imam itu pula, Hadis-hadis sampai kepada mereka tetapi tidak mengikut syarat mereka. Bagi sesetengah imam, syarat syarat penerimaan Hadis agak ketat, dan kerana itu imam yang menerima Hadis dengan cukup syaratnya akan berhukum kepada Hadis manakala yang menerima Hadis tetapi tidak memenuhi syaratnya, mereka tidak akan berhukum kepada Hadis.

Hal ini tidak akan terjadi kalau imam-imam bertemu dengan Sahabat. Mungkin mereka hanya dapat bertemu dengan orang yang telah bertemu dengan Sahabat.

Ada Ulama Tidak Dapat Menerima Hadii

Sebab-sebab mengapa setengah-setengah ulama tidak dapat menerima Hadis ialah kerana mereka hidup pada zaman Hadis-hadis belum dibukukan lagi. Hadis-hadis hanya tersemat di dalam kepala Sahabat-Sahabat sahaja, dan kerana itu mana-mana ulama yang bertemu dengan Sahabat maka Hadis sampai kepadanya sedangkan ulama yang tidak dapat bertemu dengan Sahabat, maka Hadis tidak sampai kepadanya.

Manakala Sahabat pula setelah wafat Rasulullah SAW, tidak lagi diam di Makkah dan di Madinah. Mereka semuanya keluar ke seluruh pelusuk dunia untuk berdakwah. Berbeza dengan kita ini yang mana kalau boleh hendak duduk di Madinah dan Makkah sahaja. Sahabat-Sahabat bukan tidak mengetahui tentang utamanya beribadah di Makkah dan Madinah tetapi oleh kerana pentingnya risalah yang disampaikan oleh Rasulullah itu disampaikan juga kepada semua manusia, maka mereka keluar meninggalkan kampung halaman. Sebab itu lebih tiga suku Sahabat mati di luar bumi Makkah dan Madinah. Sebab itulah ajaran Islam cepat berkembang ketika itu.

Kerana itu amat sukar untuk menemui Sahabat-Sahabat sedangkan’ Hadis-hadis hanya terhafal di dalam kepala Sahabat. Maka sesetengah imam mujtahidin dapat bertemu dengan mereka manakala setengah-setengah yang lain tidak dapat. Inilah juga satu sebab mengapa terjadi khilafiah.

Khilafiah Hanya Pada Perkara Ranting

Tetapi perlu juga kita ingat bahawa perkara-perkara yang menimbulkan khilafiah ini hanyalah perkara-perkara yang yang ranting, dan kerana itu Hadis-hadis yang menyuluh perkara yang ranting ini sahaja yang mungkin ada sesetengah imam mujtahidin menerimanya dan ada setengah-setengah mereka tidak menerimanya.

Umpamanya seperti yang kita contohkan sebelum ini iaitu perkara sentuhan yang membatalkan air sembahyang atau dalam perkara-perkara lain yang satu masa dahulu hangat diperbualkan iaitu soal talqin jenazah atau soal melafaz niat dalam sembahyang dan lain-lainnya.

Sebenarnya ini adalah masalah ranting yang tidak perlu kita pertikaikan hingga menyebabkan timbulnya puak-puak, dan satu puak membidas puak yang lain seperti puak yang mengharuskan talqin membidas puak yang tidak mengharuskan talqin, dan sebagainya. Apabila sesama Islam ini bertikai di atas perkara-perkara furuk seperti ini, orang-orang kafir mengambil kesempatan untuk menindas orang Islam.

Oleh yang demikian, perkara yang boleh diperselisihkan mesti kita terima dengan sikap toleransi dan lapang dada. Jangan kita hiraukan sangat persoalan seperti ini. Siapa yang hendak berpegang kepada satu-satu khilafiah, biarlah dia berpegang dengan khilafiah itu kerana ini dibolehkan sepertimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah bahawa berselisih fahamnya umat adalah suatu rahmat.

Dalam pada itu, berselisih faham yang tidak dibolehkan berlaku juga. Siapa yang terjebak di dalam perselisihan itu, maka dia terjun ke Neraka. Itulah yang dikatakan oleh Rasulullah SAW bahawa umat pada akhir zaman nanti akan berpecah kepada 73 puak; 72 daripadanya terjun ke Neraka, dan puak-puak inilah yang harus kita jauhi agar kita tidak terjebak di dalamnya. Di antara puak yang 72 ini ialah mazhab fahaman qadariah, jabariah. muktazilah, qadiani, rafdhi, syiah, dan banyak lag-i fahaman yang lain. Yang akan kita perkatakan di dalam buku ini ialah tentang fahaman atau iktiqad qadariah dan jabariah.

Fahaman-fahaman atau mazhab-mazhab yang menimbulkan khilafiah yang tidak dibolehkan oleh syariat ini telah menyentuh soal-soal pokok. Misalnya, fahaman muktazilah membawa pegangan, bahawa alam ini qadim sepertimana juga zat ALLAH itu qadim. Inilah iktiqad mereka. Nyata iktiqad mereka sudah salah. Perselisihan ini telah menyentuh masalah pokok.

Kemudian mereka berpendapat bahawa nikmat , Syurga itu bukan nikmat rohani dan jasmani tetapi nikmat rohani sahaja. Seolah-olah bagi mereka itu, Syurga itu tidak ada; barang siapa yang tenang jiwanya dan dapat menyembah ALLAH, maka tenanglah jiwanya

di Akhirat kelak. Sedangkan di dalam Al Quran jelas ALLAH sebut tentang nikmat Syurga yang dilihat dengan mata kepala siapa yang masuk ke dalamnya dan akan makan makanan yang betul.

Lain-lain fahaman muktazilah ini adalah seperti orang yang membuat dosa besar, mereka ini berada di tengah antara mukmin dan kafir; iaitu mukmin pun tidak, kafir pun tidak. Di Akhirat nanti mereka akan duduk di antara dua tempat iaitu Syurga pun tidak, Neraka pun tidak. Sedangkan di dalam Al Quran disebut hanya ada dua tempat di Akhirat iaitu Neraka atau Syurga. Tidak pernah kita dengar ada tempat di antara Syurga dengan Neraka.

Kita telah memberikan beberapa contoh bagi iktiqad muktazilah. Kemudian antara iktiqad fahaman syiah yang terlalu jauh menyelewengnya, ada yang mengatakan Sayidina Ali itu nabi. Kononnya, menurut mereka, Jibril tersalah hantar wahyu. Sebenarnya Allah menyuruh dihantarkan wahyu kepada Sayidina Ali tetapi Jibril tersilap hantar kepada Muhammad, kata mereka. (Untuk mendapat penjelasan lanjut mengenai penyelewengan dalam mazhab syiah, sila rujuk buku BAHAYA SYIAH karangan Ustaz Ashaari Muhammad. – penerbit)

Perselisihan Yang Tidak Dibenarkan Oleh Syariat

Jadi kita dapati di sini bahawa mereka telah menyentuh soal-soal pokok dalam ajaran Islam. Kerana itu perselisihan seperti ini tidak dibolehkan di dalam syariat. Ia mesti kita tolak sama sekali, kerana ia boleh membawa kita terjun ke Neraka. Ada di antaranya hingga jatuh kepada kafir. Namun semua mereka itu mengaku berpegang kepada Al Quran dan Sunnah. Mereka menganggap mereka betul.

Dan di antara mazhab-mazhab yang tertolak ialah mazhab qadariah. Perkataan qadariah ini timbul daripada kalimah “qudrah” yang bererti kekuasaan. Mazhab qadariah adalah berfahaman qadariah. Takrif qadariah pula adalah, beriktiqad bahawa segala perbuatan yang dilakukan oleh manusia itu sama ada baik mahupun buruk semuanya terbit daripada usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri; sedikit pun tidak berpaut dengan kuasa Tuhan lagi.

Mereka ini menganggap usaha perbuatan mereka yang memberi bekas. Ia tidak bersangkut paut langsung dengan qudrah .ALLAH SWT. Ertinya, apa sahaja yang manusia usahakan atau kerjakan, ia tidak ada bersangkut dengan ALLAH SWT. Jadi yang memberi bekas kepada usaha ikhtiar serta perbuatan manusia itu bukannya daripada kekuasaan ALLAH SWT. Qudrah yang ada pada manusia itulah yang memberi bekas tetapi qudrah yang ada pada manusia itu adalah qudrah yang ALLAH beri, Cuma apabila telah ALLAH berikan qudrah itu kepada manusia, maka qudrah itulah yang bertindak sendiri. Maka manusia bertindak dengan qudrah yang ALLAH berikan itu tanpa bersandar apa-apa lagi kepada ALLAH SWT. Inilah fahaman orang yang beriktiqad qadariah.

Kesimpulannya ialah bahawa mereka yang berfahaman qadariah ini mengakui qudrah yang ada pada manusia itu adalah qudrah yang ALLAH beri. Tetapi selepas ALLAH berikan qudrah itu kepada manusia, maka terserahlah kepada manusia itu sendiri untuk bertindak hingga ia memberi bekas. Seolah-olah selepas ALLAH berikan qudrah kepada manusia, ALLAH tidak lagi berkuasa kepada manusia. Terputus hubungan manusia dengan ALLAH selepas itu. Jadi qudrah yang ALLAH berikan kepada manusia itu boleh bertindak dan boleh memberi bekas dalam kerja-kerjanya; tidak ada sangkut paut lagi dengan ALLAH SWT. Inilah fahaman qadariah. Iktiqad yang seumpama ini adalah salah.

Usaha Manusia Tidak Memberi Bekas

Bukan sahaja dari segi iktiqadnya sudah bersalahan, malah akal kita pun menolaknya. Bagaimana kita tidak menolaknya. Cuba kita perhatikan pengalaman-pengalaman hidup manusia di dunia ini. Betapa ramai sekali manusia di dunia yang tidak mencapai kehendakkehendak mereka padahal mereka sudah berazam sungguh-sungguh, sudah usaha habis-habisan dan sebagainya. Dalam usaha mereka untuk mencapai kehendak-kehendak mereka itu, mereka atur betul-betul serta mereka perjuangkan mati-matian. Tetapi begitu banyak juga kehendak manusia ini yang gagal.

Jadi, tidaklah usaha ikhtiar manusia ini boleh memberi bekas. Dan tidaklah usaha perbuatan manusia yang memberi kejayaan. Padahal kalau kita perhatikan tindakan-tindakan yang dilakukan amat mengkagumkan. Bermula dari cita-cita yang tinggi, mereka lahirkan dalam bentuk perbuatan. Mereka jemput pakar-pakar antarabangsa yang ahli dalam bidang-bidang terkhusus, namun mereka gagal juga.

Dalam bidang ilmu sahaja, berapa ramai orang yang bercita-cita hendak pandai. Mereka bertelaah sungguhsungguh hingga tidak ada masa untuk sembahyang. Begitu keras mereka bekerja dengan membuat rujukanrujukan serta bertanya sana sini. Kadang-kadang sampai tertidur di kutubkhanah. Begitu ingin sekali mereka hendak berjaya di bidang ilmu pengetahuan, namun ramai juga yang gagal.

Tetapi sebaliknya, ada setengah-setengah orang itu tidak pun belajar sungguh-sungguh dan tidak pula dia sibuk bertanya sana sini. Usahanya macam lebih kurang sahaja. Tetapi pelik, dia pula yang berjaya serta dapat pula kepujian dan sebagainya. Jadi kita dapati di sini bahawa bukanlah usaha ikhtiar manusia itu yang memberi bekas kerana kalaulah usaha ikhtiar manusia itu yang memberi bekas tentulah tidak ada yang gagal. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berazam sungguh-sungguh itu.

Kemudian cuba kita perhatikan pula usaha ikhtiar manusia untuk menjaga kesihatan badannya agar jangan dihinggap penyakit dan agar jangan mati cepat. Mereka jaga makan minum dan ikut betul-betul nasihat doktor yang mana kalau doktor kata makan satu pinggan, maka satu pinggan sajalah dia makan. Dan yang mana doktor kata tidak boleh dimakan, dia ikut dengan patuh. Kemudian dia makan pil-pi1 kesihatan serta dia jaga betulbetul tidurnya. Bukan itu sahaja, Subuh-subuh lagi dia buat jogging hingga tertinggal sembahyang Subuh.

Tetapi malangnya, orang-orang ini sakit juga. Ada yang sakit jantung, darah tinggi, sakit buah pinggang, kencing manis, dan sebagainya.

Manakala bagi setengah-setengah orang itu, dia selamba sahaja menjaga kesihatannya. Dia tidak kira makan minum; asal halal sahaja dia makan. Ubat tidak pernah dia makan walaupun dia sakit.’ Selagi badannya boleh menanggung, dia tidak kira sangat. Tetapi pelik, orang ini pula yang sihat segar badannya. Penyakit pun jarangjarang hinggap pada dirinya.

Pengalaman Mengajar Kita

Begitu jugalah usaha-usaha mereka yang ingin kekayaan hingga tidur malam pun mimpi kekayaan. Dia bekerja sungguh-sungguh hingga tidak kira masa lagi, dan sembahyang pun tidak dihiraunya. Dia juga terlalu sibuk sampai tidak ada masa untuk mengaji, sembahyang berjemaah dan sebagainya. Pagi petang, siang malam, dia kira hendak mencari wang ringgit sahaja.

Dalam pada itu dia gagal juga. Padahal kalau hendak diukur daripada usaha, tidak ada satu yang tertinggal sehinggakan seminar-seminar ekonomi pun diikuti, dan . kertas-kertas kerja sudah pun dilaksanakan. Kalaulah usaha manusia ini yang memberi bekas, sudah tentulah semua kerja akan menjadi.

Jadi kita dapati di sini bahawa pengalaman manusia sendiri telah membunuh pendapat orang-orang yang berfahaman qadariah. Gagalnya ikhtiar manusia dalam berbagai-bagai bidang hidup ini, walaupun sudah diusahakan sungguh-sungguh, hanya menunjukkan kepada kita bahawa usaha ikhtiar manusia serta qudrah manusia tidak boleh memberi bekas. Ini dengan sendirinya membatalkan iktiqad fahaman qadariah.

Pelampau Aqidah

Orang yang berfahaman dengan mazhab qadariah ini sudah melampaui sempadan. Mereka mengiktiqadkan bahawa usaha ikhtiar manusia itu memberi bekas sedangkan Allah berkata bahawa usaha ikhtiar manusia itu tidak boleh member-i bekas. Setelah mereka sangkal kata-kata ALLAH itu, mereka keluarkan pendapat mereka bahawa qudrah manusialah yang memberi bekas kepada usaha dan ikhtiar mereka, dan langsung tidak ada sangkut paut dengan ALLAH. Inilah puak pelampau yang sebenarnya.

Mereka ini bolehlah kita ibaratkan puak yang telah melampau ke kanan. Di dalam ajaran Islam, melampau ke arah mana pun tidak diterima; sama ada melampau ke kiri atau ke kanan.

Pelampau atau ekstrimis yang kita sebutkan di sini boleh berlaku di dalam bermacam-macam bidang ajaran Islam. Di sini golongan qadariah adalah pelampau di bidang aqidah. Termasuk juga pelampau aqidah adalah mereka yang berfahaman jabariah yang akan kita perkatakan nanti.

Puak Pelampau Ke Kanan

Qadariah ini dikatakan puak pelampau ke kanan kerana ia mengadakan benda yang tiada; iaitu manakala ALLAH kata manusia tidak memberi bekas, mereka pula kata usaha manusialah yang memberi bekas. Jadi, ini adalah ekstrim di bidang aqidah.

Puak Ekstrim

Ekstrim juga boleh berlaku dalam bidang-bidang lain seperti dalam bidang berfikir. Umpamanya seseorang itu memikirkan perkara-perkara yang tidak bersangkut paut seperti memikirkan tentang kebesaran ALLAH, kebesaran Al Quran, kebesaran Sunnah hingga diasak sekuatkuatnya ke dalam akal. Akhirnya dia menjadi mereng dan gila. Ini melampau. Yang tidak melampau itu ialah mereka yang memikirkan kebesaran ALLAH, Al Quran dan Sunnah, kemudian dia mendapat ketenangan jiwa.

Manakala ekstrim di bidang pakaian boleh juga berlaku. ALLAH kata wanita-wanita mesti tutup aurat manakala mereka pula dedahkan aurat. Mereka inilah golongan ekstrim sepertimana yang disebut-sebut orang hari ini. Dan ekstrim di bidang membangunkan rumah pula ialah apabila seseorang itu membangunkan rumah lebih daripada yang perlu hingga jatuh kepada membazir. Ini juga satu bentuk ekstrim.

Kemudian ada pula ekstrim dalam bidang membeli kereta misalnya. Kalau dia membeli kereta yang berharga $15,000 atau $20,000 sudah memadai serta mencukupi keperluan, maka dia beli kereta dengan harga $80,000 atau $100,000; ini sudah jatuh ekstrim. Dia sudah melampau. Tentu lebih baik dia gunakan wang yang lebih itu untuk membangunkan perkara-perkara lain yang lebih bermanfaat. Pendek kata, ekstrim boleh berlaku dalam mana-mana bidang pun.

Dalam ha1 yang demikian, kita hendaklah berhati-hati serta beringat-ingat kerana kalau tidak, kadang-kadang apa yang kita pelajari dengan apa yang kita perbuat boleh bercanggah. Umpamanya kita sudah belajar tentang iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah dan kita telah tahu segala-galanya, tetapi dalam pengalaman kita harihari, dalam tindak-tanduk serta perbuatan kita, dalam perjuangan dan jihad kita, didapati semua ini telah tidak selari dengan ilmu yang kita pelajari.

Kadang-kadang apa yang kita lakukan itu sendiri kita tidak sedar. Umpamanya cakap-cakap kita, tingkah laku kita dan sebagainya, semuanya terjadi dengan tidak kita sedari. Rupa-rupanya kita sudah termasuk kepada qadariah walaupun kita belajar tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah. Inilah akibatnya kalau kita tidak berhati-hati dalam mana akan berlakulah perbuatan kita bercanggah dengan ilmu yang kita pelajari.

Qadariah Dalam Kehidupan

Cuba kita perhatikan beberapa contoh yang berlaku di dalam masyarakat kita hari-hari. Umpamanya seseorang itu begitu yakin bahawa dengan kelulusan dan kelayakan ilmu pengetahuan yang ada padanya, dia akan kaya serta mewah dan mendapat kesenangan hidup. Juga dia yakin dengan kelulusan itu dia boleh menjadi orang baik. Di sini dia telah tercangkuk kepada qadariah padahal dia sudah belajar iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tetapi perbuatannya, sikap dan tindak-tanduknya menunjukkan dia telah terjebak kepada qadariah.

Dan begitu jugalah seseorang yang begitu yakin dengan pangkatnya hingga mengatakan bahawa pangkat lah yang membawa kekayaan dan kemewahan hidup kepadanya. Dengan tidak disedari, dia sudah terjebak kepada qadariah. Setengah-setengahnya pula berkata, “Kalaulah aku tidak menolong bantu dia dan kalaulah aku tidak campurtangan, sudah tentu dia tidak akan berjaya!” Orang ini sudah jatuh kepada qadariah.

Ada sesetengah orang pula berkata, “Kalaulah bukan aku yang mentadbirnya, sudah tentu dia tidak akan berjaya. Kerana campurtangan akulah, maka projek itu berjaya!” Dia sudah terjebak kepada qadariah yang mana dia tidak pun mempelajarinya. Dia telah terjebak secara’ tidak disedarinya.

Manakala setengah-setengah orang itu pula sentiasa memperakui dirinya sendiri dalam setiap percakapannya seperti, “Akulah yang menjayakannya…! Akulah yang membangunkan masyarakat ini…! Akulah yang membawa kesenangan kepada orang ramai…! Akulah itu… dan akulah ini . ..!” dan sebagainya.

Orang-orang ini menunjukkan sikap qadariah. Dia sudah lupa kuasa ALLAH yang telah memberi bekas kepada segala suatu. Dia hanya ingat yang kuasa dia yang telah memberi bekas.

Jangan pula kita salah faham, oleh kerana kita mengatakan bahawa ilmu kita tidak boleh memberi bekas, kelulusan kita tidak boleh memberi bekas, pangkat kita tidak boleh memberi bekas dan sebagainya, maka kita pun tidak mahu belajar, tidak mahu mentadbir, tidak mahu berusaha, dan seterusnya. Ini salah.

Tiada Alasan Menolak Ikhtiar

Usaha dan ikhtiar mesti kita lakukan kerana itu adalah perkara yang disuruh. Semua usaha dan ikhtiar adalah yang diperintahkan oieh ALLAH kepada kita cuma jangan kita iktiqadkan yang perbuatan kita, usaha kita, ilmu kita, perjuangan dan jihad kita dan sebagainya, yang memberi bekas. Jadi, jangan kita terkeliru di sini hingga kita tidak mahu berbuat apa-apa dengan alasan semua itu tidak akan memberi bekas.

Ini sudah salah kerana semua ikhtiar adalah diperintahkan kepada kita. Mencari ilmu adalah diperintahkan ALLAH kepada kita; berusaha adalah perintah ALLAH; membangunkan masyarakat adalah perintah ALLAH; berjuang berjihad adalah perintah ALLAH, dan seterusnya. Semua ini mesti kita lakukan, tetapi hendaklah kita beriktiqad bahawa yang memberi bekas kepada semua perbuatan ialah ALLAH SWT .Jadi, usaha dan ikhtiar itu tidak salah tetapi yang salah ialah ketika kita yakinkan kebolehan kita atau ilmu kita itulah yang membawa kejayaan dan sebagainya.

Sebagaimana yang telah kita pelajari dalam bab-bab sebelum ini, ALLAH jadikan sesuatu itu ada dengan sebab-sebabnya. Umpamanya, hendak pandai mesti belajar, hendak berjaya mesti berusaha kuat, hendak kesenangan mesti bekerja keras, dan sebagainya. Semua itu adalah sebab-sebab yang mesti kita lahirkan. Inilah yang dikatakan Sunnatullah. Dan semua sebab yang kita lahirkan itu tidak boleh memberi bekas. Yang memberi bekas ialah Allah SWT.

Jadi perkara-perkara yang boleh membawa kita terjebak kepada iktiqad yang salah seperti inilah yang mesti kita jauhi. Hendaklah kita faham benar-benar serta hendaklah kita berhati-hati kerana k:alau salah iktiqad disebabkan perbuatan kita, cakap-cakap kita dan sebagainya walaupun ilmu yang kita pelajarl itu tepat kepada iktiqad yang sebenar, kita boleh terjebak kepada iktiqad qadariah sepertimana yang telah kita huraikan tadi, atau kita juga boleh terjebak kepada iktiqad jabariah.

Bagaimanakah seseorang itu boleh terjebak kepada jabariah? Hal ini berlaku apabila seseorang itu tidak mahu berusaha berikhtiar tetapi hanya berserah kepada ALLAH semata-mata. Umpamanya, kalau ditanya, “Mengapa tidak naik haji ‘*?” dia nanti akan menjawab, “Belum ada seru!”

Cakap-cakap seperti ini adalah jabariah yang mana seolah-olah dia menunggu wahyu daripada ALLAH SWT sedangkan wahyu memerintahkan orang menunaikan fardhu haji sudah lama turun. Padahal orang yang bercakap seperti ini ada kemampuan, ada harta dan wang ringgit. Firman ALLAH:

Terjemahannya: Sempurnakan haji dan umrah kerana ALLAH.
(Al Baqarah: 196)

Jelas di sini bahawa seru sudah pun disampaikan. Tidak perlu kita tunggu-tunggu datang seru lagi untuk menunaikan haji. Kalau kita sudah cukup daya upaya serta mampu, kalau kita menunggu-nunggu seru, maka berertilah bahawa sikap kita membawa kita kepada iktiqad jabariah.

Orang Yang MenyaIahkan ALLAH

Antara cakap-cakap lain yang membawa seseorang itu terjebak kepada jabariah adalah seperti apabila ditanya, “Mengapa awak tidak pandai?” dia akan menjawab, “Sudah taqdir.” Atau kepada setengah-setengah orang bila ditanya, “Mengapa awak bercerai?” dia akan menjawab, “Sudah kehendak ALLAH!” Inilah sikap orang-orang yang beriktiqad jabariah. Dia menyerah bulat-bulat kepada ALLAH.

Orang seperti ini seolah-olah menyalahkan ALLAH apabila sesuatu itu menimpa dirinya. Sungguhpun mulutnya tidak berkata, “ALLAH yang bersalah!” tetapi pada perbuatan lahirnya, dia menuju ke arah itu.

Tetapi yang peliknya, orang yang bersikap jabariah ini tidak pula menyerah bulat-bulat kepada ALLAH dalam semua bidang. Hanya dalam bidang-bidang tertentu saja dia menyerah kepada ALLAH seperti dalam bidang mendidik anak. Bila kita tanya mengapa anak dia jahat, maka dia akan menjawab, “Sudah taqdir!” Seolah-olah dia menyalahkan ALLAH SWT yang menyebabkan anaknya jahat sedangkan dia tidak pernah mengikut perintah Rasulullah supaya menyuruh anak bersembahyang ketika berumur ‘7 tahun dan memukulnya apabila tidak mahu bersembahyang setelah berumur 10 tahun.

Dia berkata demikian kerana dia tidak suka bidang itu. Tetapi dalam bidang-bidang lain seperti hendak mencari kekayaan, dia banting tulang pagi dan petang kerana hendak melahirkan usaha ikhtiar. Dia berusaha sungguh-sungguh sampai lupa sembahyang, puasa, mengaji, dan sebagainya.

Pendapat Ulama

Ada dua pendapat ulama tentang hukum orang yang beriktiqad qadariah. Sesetengah ulama mengatakan fasiq bagi mereka yang beriktiqad demikian manakala setengah-setengahnya meletakkan hukumnya kafir. Kemudian ada sesetengah ulama pula menghalusi kedua-dua pendapat itu serta mencari hukum yang lebih tepat. Mereka berpendapat, hukum fasiq lebih tepat. Walau bagaimanapun, hukum fasiq juga tidak disukai ALLAH. Ertinya, kalau seseorang itu mati dalam kefasiqan, maka dia akan terjun .ke Neraka juga.

Bagaimanakah iktiqad mereka yang berfahaman qadariah yang dihalusi oleh setengah-setengah ulama sebagai terhukum fasiq sahaja itu? Orang yang menganggap qudrahnya boleh memberi bekas atau membawa kejayaan dengan tidak ada hubungan dengan ALLAH SWT tetapi qudrahnya itu ALLAH juga yang beri, maka orang ini fasiq. Tetapi kalau ada yang menganggap bahawa qudrah itu bukan ALLAH yang beri tetapi manusia itu yang menciptanya sendiri, maka orang itu kafir secara terus.

Sebab itulah kita perlu berhati-hati benar dalam soal tauhid ini kerana sikap dan perbuatan kita boleh membawa kita terjebak kepada iktiqad yang salah. Oleh yang demikian, kita hendaklah selalu mengaji kerana iktiqad adalah amalan hati yang mana amat sukar hendak diselaraskan dengan amal atau perbuatan lahir.

Berusahalah serta berikhtiarlah kerana itu memang sudah diperintahkan oleh ALLAH kepada kita. Tetapi jaga-jagalah, jangan sampai hati kita mengiktiqadkan bahawa usaha ikhtiar kita itulah yang memberi bekas. Carilah ilmu, sampaikanlah tarbiah, berniagalah serta berekonomilah, tetapi jangan sampai kita iktiqadkan bahawa usaha kita yang membawa kejayaan hingga kita lupa kepada kuasa ALLAH.

Tetapi untuk memisahkan usaha ikhtiar kita sebagai usaha ikhtiar yang membawa kejayaan itulah yang amat berat. Kita terasa-rasa saja yang usaha ikhtiar kita itulah yang sebenarnya membawa kejayaan hingga melompat kata-kata dari mulut kita serta kita tunjukkan ia dalam sikap dan tingkah laku kita. Beratnya soal ini adalah kerana aqidah merupakan soal hati. Sebab itulah kita perlu berhati-hati jangan sampai terjebak.

Artikel ini adalah bagian dari buku Aqidah Mukmin Siri 1 yang berisi buah fikiran dan ilham dari Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Artikel Terkait :

Silahkan Berkomentar

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

 
%d blogger menyukai ini: