Aliey Faizal

'Isy Kariiman Aw Muth Syahiidan

Archive for Mei 29th, 2012

Film The Message – The Story of Islam (indo sub) _ part 2/12

Posted by Aliey Faizal pada 29 Mei 2012

Sebuah karya yang mungkin sudah terlupakan oleh karena perkembangan film-film dunia. The Message ini adalah sebuah karya yang sesungguhnya sangat banyak hikmah dan pelajaran yang bisa kita ambil dari film ini. Sebuah film yang menceritakan sejarah hidup Rasulullah SAW. Saya melihat film ini sebagai permata yang sangat berharga. Maka dari itu silahkan Di nikmati dan difahami isi dalam film lawas ini

 

Artikel Terkait :

Posted in Photo &Video | Dengan kaitkata: | Leave a Comment »

Film The Message – The Story of Islam (indo sub) _ part 1/12

Posted by Aliey Faizal pada 29 Mei 2012

Sebuah karya yang mungkin sudah terlupakan oleh karena perkembangan film-film dunia. The Message ini adalah sebuah karya yang sesungguhnya sangat banyak hikmah dan pelajaran yang bisa kita ambil dari film ini. Sebuah film yang menceritakan sejarah hidup Rasulullah SAW. Saya melihat film ini sebagai permata yang sangat berharga. Maka dari itu silahkan Di nikmati dan difahami isi dalam film lawas ini

 

Artikel Terkait :

Posted in Photo &Video | Dengan kaitkata: | Leave a Comment »

Pertemuan Dua Laut & Sungai di Bawah Laut

Posted by Aliey Faizal pada 29 Mei 2012

Sebuah penemuan Sungai Dibawah laut meksiko (bahkan sempat disiarkan di beberapa stasiun televisi nasional), bahwa seorang penyelam, Anatoly Beloshchin, mengambil gambar ‘sungai di dalam laut’ dari kedalaman 60 meter perairan Cenote Angelita, Mexico. Beliau mengatakan, “di kedalaman lebih dari 30 meter tim penyelam menemukan air tawar di tengah kolom air laut. Kondisi itu berubah dan penyelam kembali menemukan air laut mulai melewati kedalaman 60 meter.

Beberapa meter dari lokasi itu akan ditemukan sebuah gua. Di bagian bawah dekat gua itu tim penyelam menemukan sebuah sungai lengkap dengan pohon dan dedaunan yang mengapung di kolom air itu.

Ternyata lokasi itu bukanlah sungai seperti yang terlihat di daratan. Tetapi, suasana itu memang mirip sungai lengkap dengan lapisan seperti air yang berwarna agak kecoklatan. Tapi tunggu dulu, warna kecoklatan itu bukanlah berasal dari air tawar. Disebutkan, bagian kecoklatan yang mirip air sungai itu adalah lapisan bagian bawah gas hidrogen sulfida. Gas yang biasanya dihasilkan dari saluran pembuangan kotoran.

Secara keseluruhan, tim penyelam menemukan itu adalah kondisi yang sangat mengejutkan dan menakjubkan untuk dipandang.

“Di kedalaman 60 meter saya menemukan kembali air laut. Saya melihat sebuah sungai, pulau, lengkap dengan daun yang berguguran. Tapi sungai yang kami lihat adalah lapisan dari gas hidrogen sulfida,” kata Anatoly.

Subhanallah, ini adalah bukti kebesaran Alloh SWT & kebenaran Al-Quran

Dalam Al-Quran Alloh SWT berfirman: Baca entri selengkapnya »

Posted in Photo &Video | Dengan kaitkata: | 1 Comment »

Angel On Ka’bah

Posted by Aliey Faizal pada 29 Mei 2012

Posted in Photo &Video | Dengan kaitkata: | 1 Comment »

Bab 32 Bahagian-bahagian sifat dua puluh bagi ALLAH

Posted by Aliey Faizal pada 29 Mei 2012

MATAN

MATAN Bahagian Sifat Dua Puluh .Adalah sifat dua puluh yang wajib bagi Tuhan itu terbahagi kepada empat bahagian:

Yang pertama, sifat nafsiah maka dinamakan juga sifat sabutiyah (yang ditetapkan sahaja tidak termasuk di dalam golongan ada dan golongan tiada).

Yang kedua, sifat salbiah maka dinamakan juga sifat ‘adamiah (yang terbangsa kepada tiada).

Yang ketiga, sifat maani maka dinamakan juga sifat wujudiah (yang terbangsa kepada ada).

Yang keempat, sifat maknawiyah maka dinamakan juga sifat haliah (yang terbangsa kepada keadaan, sama seperti yang pertama).

Sifat Nafsiah

Adalah makna sifat nafsiah itu ialah sifat yang dibangsakan kepada zat iaitu sifat wujud ALLAH Taala tiada menunjukkan k,epada makna yang lain lebih daripada berdirinya pada zat. Maka wujud itulah yang dikatakan nafsiah bagi zat ALLAH Taala yakni sifat yang tetap bagi zat segala ada zat dengan tiada suatu kerana pun. Maka sebab wujud itu dinamakan sifat nafsiah kerana sebenar-benar wujud itu menunjuk kepada diri zat sahaja tiada lain dan tiada boleh dipisahkan sifat wujud itu daripada zat bagaimana sifat-sifat yang lain. Maka hakikatnya sifat nafsiah itu iaitu ha1 yang wajib bagi zat selagi ada zat tidak dikeranakan dengan suatu kerana pun. Ia wujud pada zihin (fikiran) tetapi tiada wujud pada kharij (luar fikiran).

Sifat Salbiah

Adalah makna sifat salbiah itu ialah sifat yang dibangsakan kepada menafikan atau menidakkan maka sifatnya lima, Qidam, Baqa, Mukholafatuhu Lilhawadisi, Qiamuhu Taala Binafsihi dan Wahdaniah. Maka sebab dinamakan sifat salbiah kerana dengan lima sifat itulah yang menolak dan menafikan ALLAH Taala bersifat dengan lawan dan segala sifat kekurangan atasnya seperti di bawah ini kenyataannya:

  1. Qidam menafikan Tuhan ada permulaan.
  2. Baqa’ menafikan Tuhan ada kesudahan.
  3. Mukholafatuhu Lilhawadisi menafikan bersamaan dengan segala yang baharu.
  4. Qiamuhu Taala Binafsihi menafikan berhajat kepada yang lain.
  5. Wahdaniah menafikan berbilang-bilang.

Maka hakikat sifat salbiah itu iaitu ibarat daripada menolakkan dan menafikan perkara yang tiada layak atas ALLAH Taala. Sifat-sifat itu tiada maujud pada kharij dan tiada maujud pada zihin. Dari itu dinamakan dia sifat ‘adamiuh tetapi tidak dihukumkan nafi kerana antara nafi dengan ‘adam ada berbeza iaitu tiap-tiap nafi dihukumkan ‘adam maka tidak tiap-tiap ‘adam itu dihukumkan nafi, seperti sifat salbiah maka ia ‘adam tetapi tiada nafi. Maka nyatalah ‘adam itu am dan nafi itu khas.

DALAM bab ini, kita akan membahaskan bahagian-bahagian sifat 20 bagi ALLAH SWT, yang mana 20 sifat yang wajib bagi ALLAH SWT ini, sedikit sebanyak telah kita pelajari dalam bab-bab sebelum ini, berserta dalil-dalilnya secara ringkas sama ada dalil aqli mahupun dalil naqli. Kita akan membahaskannya lagi dengan membahagikannya kepada empat bahagian iaitu:

  1. Sifat nafsiah;
  2. Sifat salbiah;
  3. Sifat maani; dan
  4. Sifat maknawiyah.

Hukum Mempelajarinya

Sebelum kita memperkatakan perkara ini dengan lebih lanjut, ingin juga diingatkan di sini bahawa mengkaji bahagianbahagian sifat 20 ini hanya merupakan fardhu kifayah, bukan fardhu ain. Ertinya, tidak semua orang di dalam satu kawasan masafatul qasar atau di dalam lingkungan kawasan 48 batu (menurut Mazhab Syafi’i) wajib mengetahui perbahasan bahagian sifat 20 ini. Memadailah kalau ada satu orang saja yang mengetahuinya. Tetapi, kalau di dalam satu kawasan masafatul qasar itu tidak ada seorang pun umat Islam yang akil baligh yang mengetahui perbahasannya, maka seluruh umat Islam di kawasan itu adalah berdosa. Baca entri selengkapnya »

Posted in Kajian Islam | Dengan kaitkata: , | 2 Comments »