Aliey Faizal

'Isy Kariiman Aw Muth Syahiidan

Archive for the ‘Kajian Islam’ Category

Bab 18 Kalam

Posted by Aliey Faizal pada 16 Juni 2012

Matan

YANG ketiga belas Al Kalam. Ertinya berkata-kata Tuhan tidak dengan bermulut, tidak dengan suara atau. sebagainya sebagaimana berkata-kata
makhluk. Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada, yang qadim lagi azali, berdiri pada zat Tuhan. Dengan dia menunjukkan apa-apa yang diketahui oleh Ilmu daripada yang wajib seperti firman Tuhan:

Ertinya: Tiada Tuhan melainkan Aku. (An Nahl: 2)

Dan daripada yang mustahil seperti firman-Nya:

Ertinya: Kata orang nasrani bahawasanya ALLAH yang ketiga daripada yang tiga. (Al Maidah: 73)

Dan daripada yang harus seperti firman Tuhan:

Ertinya: Bermula ALLAH yang menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu. (As Soffat: 96)

Maka kalam ALLAH Taala itu satu sifat jua, tiada berbilang tetapi ia berbagai-bagai. Apabila dipandang dari segi perkara yang dikatakan iaitu jika ia menunjuk kepada suruh, dinamakan ‘Amr’ (suruh) seperti tuntutan mengerjakan puasa. Jika ia menunjuk kepada tegahan atau larangan, di namakan ‘Nahi’ (tegahan) seperti tegahan main judi, dan jika menunjuk kepada berita dinamakan ‘Khabara’ (cerita) seperti riwayat Firaun memperbuat begian-begian. Jika menunjuk kepada janji iaitu dinamakan ‘Wa’da’ (janji) seperti orang taat dapat balasan Syurga dan jika menunjukkan kepada ugutan dinamakan ‘Wa’id’ (janji) balas seksa) seperti orang yang mendurhaka itu dibalas dengan azab.

Pengertian Sifat Al Kalam

ERTI AL Kalam di dalam bahasa kita ialah “berkata-kata”. Yang dimaksudkan dengan berkata-kata bagi ALLAH di sini ialah bahawa ALLAH SWT itu berkata-kata dengan tidak menggunakan mulut, tidak bersuara sepertimana makhluk dan tidak juga dengan berlafaz atau berhuruf. Dan berkata-kata ALLAH juga tidak ada yang dahulu dan tidak ada yang kemudian, tidak bermula dan tidak berakhir. Jadi, berkata-katanya ALLAH SWT tidak serupa dengan segala makhluk.

Kalaulah sifat berkata-kata ALLAH SWT serupa dengan makhluk yang berkata-kata dengan menggunakan mulut, ada lafaz dan kalimah, ada dahulu dan ada kemudian serta ada permulaan dan ada kesudahan, maka dengan sendirinya akan ternafilah sifat Mukhalufutuhu Taala Lil Huwudisi iaitu bersalahan ALLAH itu dengan segala yang baharu. Sedangkan sifat Mukholafatuhu Taala Lil Hawadisi ini adalah sifat yang wajib bagi ALLAH SWT.

Dan sekiranya kita mengatakan yang ALLAH SWT itu berkata-kata sepertimana makhluk, maka sudah samalah pula ALLAH dengan segala yang baharu. Dan kalau ALLAH itu sama dengan segala yang baharu, maka ALLAH juga sifat-Nya baharu. Kalau ALLAH bersifat baharu, tentulah ALLAH itu dijadikan kerana segala yang baharu adalah dijadikan dan ada yang menjadikan. Kalau ALLAH ada yang menjadikan, berertilah ALLAH itu ada permulaan dan ada kesudahan. Daripada pengertian ini, akan ternafilah pula beberapa sifat ALLAH yang lain. Baca entri selengkapnya »

Posted in Kajian Islam | Dengan kaitkata: | Leave a Comment »

Bab 17 Basar

Posted by Aliey Faizal pada 16 Juni 2012

Matan

KEDUA Belas Al Basar Ertinya melihat tiada dengan biji mata maka hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada yang qadim lagi azali berdiri pada zat Tuhan. Maka dengan dia nyata dan terang dan meliputi pada tiaptiap yang ada, sama ada yang ada itu wajib, seperti zat dan sifat Tuhan, atau yang ada itu harus dan sama .ada yang hat-us yang telah ada, atau yang lagi akan diadakan dan tidak terlindung pandangan-Nya oleh gelap atau dengan sebab jauh atau kecil. Yang demikian zahirlah Tuhan itu wajib baginya bersifat melihat sama ada yang dapat dilihat oleh manusia atau tiada, jauh atau dekat, waktu terang atau gelap, zahir atau tersembunyi maka semuanya dilihat oleh ALLAH Taala. Yang demikian apabila seorang ada kepercayaan seperti itu tiada dapat tiada nafsunya tunduk di bawah titah perintah ALLAH SWT dengan memperbuat apa yang diperintah dan meninggalkan apa-apa yang dilarang. Kerana ia percaya kepada Tuhan ada melihat ia tatkala itu bangkit semangatnya tiada berani membuat kesalahan seperti mencuri sekalipun tidak dilihat oleh manusia. Yang demikian dikehendakkan seorang beriman kepada sifat Tuhan dengan iman yang sama pendapatannya dengan pekerjaannya supaya berbetulan amalannya dengan kepercayaan yang menyelamatkan daripada pangkat munafiq.

Pengertian Sifat Basar

SIFAT Basar yang kita kaitkan pada ALLAH SWT ialah suatu sifat melihat tanpa menggunakan biji mata. Ertinya ALLAH SWT melihat tidak dengan biji mata. Dan ALLAH SWT juga melihat tidak dengan perantaraan cahaya.

Kalau demikian, ALLAH SWT melihat tidak sebagaimana makhluk melihat. Makhluk tidak boleh melihat kalau dia tidak ada biji mata. Kalaupun ada biji mata tetapi biji matanya rosak, dia juga tidak boleh melihat. Dan kalaupun dia ada biji mata yang tidak rosak tetapi tidak ada perantaraan cahaya, dia juga tidak boleh melihat. Tetapi ALLAH SWT boleh melihat tanpa menggunakan biji mata dan tanpa perantaraan cahaya.

Dalam ha1 ini, kalau ada orang mengatakan bahawa ALLAH melihat dengan memerlukan biji mata dan perantaraan cahaya, maka dengan sendirinya dia telah mengatakan yang ALLAH itu serupa dengan makhluk. Sudah serupa pula ALLAH SWT dengan segala yang baharu. Sedangkan kita telah pun mengetahui bahawa ALLAH SWT bersifat Mukholafatuhu Taala Lilhawadisi iaitu ALLAH SWT itu tidak serupa dengan segala yang baharu .

Kalau ALLAH itu serupa dengan segala yang baharu (makhluk), sudah tentunya ALLAH juga baharu (makhluk). Dengan demikian, bererti pulalah bahawa ALLAH itu ada yang menjadikan. Kalau ada yang menjadikan, maka ALLAH ada permulaan. Dan kalau ALLAH itu dijadikan, bermakna yang menjadikan itu lebih gagah. Sudah lemah pula sifat ALLAH SWT, dan ini akan menafikan sifat-sifat yang lain bagi ALLAH SWT, seperti sifat Qudrah ALLAH dan sifat Qidam ALLAH. Jadi, keyakinan kita ialah, ALLAH SWT melihat tidak memerlukan biji mata dan tidak dengan perantaraan cahaya sebagaimana melihatnya makhluk. Baca entri selengkapnya »

Posted in Kajian Islam | Dengan kaitkata: | Leave a Comment »

Bab 16 Sama’

Posted by Aliey Faizal pada 16 Juni 2012

Matan

YANG kesebelas – As Samak. Ertinya mendengar dengan tiada telinga, hakikatnya ialah sifat yang tetap ada, yang qadim lagi azali berdiri pada zat ALLAH Taala. Dengar Dia terang dan nyata pada tiap-tiap yang maujud. Sama ada yang maujud itu pada qadim seperti Ia mendengar akan Kalam-Nya atau yang ada itu harus, sama ada yang harus telah ada, atau yang lagi akan diadakan. Dan tidak ada sesuatu perkara yang ada tiada didengar-Nya. Dan tiada terdinding dengar-Nya itu, dengan sebab jauh atau bising, dan sama ada bersuara atau tiada bersuara maka yang tiada suara seperti ia mendengar diri-Nya sendiri berkata-kata.

Yang demikian nyatalah dengan terangnya Tuhan itu yang wajib bagi-Nya bersifat mendengar sama ada bersuara atau tiada, jauh atau dekat, zahir atau tersembunyi, perlahan atau kuat, apabila diketahui oleh seseorang dan ada kepercayaan terhadap sama Tuhan bagaimana yang tersebut itu tetaplah kepercayaannya itu membangkitkan semangat dan perasaan melakukan tutur kata mengikut kepercayaannya, maka terjauhlah manusia itu daripada memperlakukan atau menggunakan mulutnya daripada perkara yang menyalahi undang-undang syar’i. Seperti berbetulan amalannya dengan kepercayaan yang dinamakan sebenar-benar iman.

Pengertian As Samak

AS SAMAK ertinya “mendengar”. Seperti sifat-sifat ALLAH yang lain, sifat ini juga wajib bagi kita mempelajarinya, memahaminya dan seterusnya meyakininya. Lantaran itu wajib pula bagi kita melakukan sebarang perbuatan selaras dengan keyakinan kita itu.

Maksud mendengar bagi ALLAH Taala di sini ialah bahawa ALLAH SWT itu mendengar tidak bertelinga. Selain dari ALLAH Taala iaitu makhluk termasuklah kita, semuanya mendengar dengan adanya telinga; adanya lubang telinga dan adanya cuping telinga. ALLAH SWT tidak demikian. Sebab ALLAH SWT itu tidak bertelinga. Sepertimana yang telah kita bahaskan, ALLAH tidak menyerupai segala sifat yang baharu.

ALLAH SWT juga mendengar tidak melalui perantaraan suara. Tidak seperti kita, yang mendengar terpaksa melalui perantaraan suara. Kalau sesuatu itu tidak ada suara, kita tidak boleh mendengarnya. Tetapi ALLAH SWT tidak demikian. Sepertimana ALLAH tidak mendengar dengan telinga, maka ALLAH juga tidak memerlukan adanya suara untuk mendengar.

Sifat mendengar ALLAH SWT juga tidak dibatasi oleh jauh dan dekat. Ertinya sama ada jauh mahupun dekat, semuanya dapat didengar oleh ALLAH SWT. Bahkan mendengarnya ALLAH bagi yang jauh dan yang dekat itu tidak ada perbezaannya.

Bagi kita, ada juga kalanya kita boleh mendengar yang jauh tetapi mendengar kita bagi yang jauh itu sudah tidak sama seperti mendengar bagi yang dekat. Ertinya yang dekat kita dengar agak kuat tetapi yang jauh sudah tidak begitu kuat lagi. Tetapi ALLAH SWT tidak demikian. ALLAH bukan sahaja boleh mendengar yang jauh mahupun yang dekat tetapi ALLAH juga boleh mendengar yang jauh dengan yang dekat itu sama sahaja. Tidaklah pada ALLAH itu, yang jauh itu sayup-sayup sahaja atau yang dekat itu terlalu lantang. Bagi ALLAH dekat dan jauh sama saja. Baca entri selengkapnya »

Posted in Kajian Islam | Dengan kaitkata: | Leave a Comment »

Bab 15 Hayat

Posted by Aliey Faizal pada 16 Juni 2012

Matan

AL HAYAT ertinya hidup tiada dengan nyawa dan nafas dan tidak dengan kejadian yang empat anasir dan tiada hidupnya dengan makan minum. Maka hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada qadim lagi azali berdiri pada zat ALLAH Taala. Ia mengesahkan segala sifat yang ada berdiri pada zat daripada sifat idrak (pendapat) iaitu Qudrah, Iradah, Samak, Basar dan Kalam. Dan sifat Hayat itu menjadi syarat pada hukum aqli bagi segala sifat maani (lazim daripada tiada Hayat maka melazimkan tiada sifat maani dan lazim daripada ada Hayat ada segala sifat maani).

Pengertian Al Hayat

AL HAYAT ertinya “hidup”. Apabila dikatakan ALLAH Taala bersifat Hayat atau hidup, hidupnya ALLAH SWT itu tidak dengan nyawa. Hidupnya ALLAH SWT juga tidak dengan bernafas. Dan juga ALLAH SWT itu hidup tanpa empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Dengan perkataan lain, zat ALLAH Taala bukannya terdiri daripada unsur-unsur itu. Zat ALLAH SWT itu juga tidak hidup dengan makan dan minum.

Hidup yang ada bernyawa serta hidup yang memerlu kepada bernafas dan hidup yang terdiri daripada unsur tanah, air, api dan angin, serta kemudiannya berkehendak kepada makan dan minum, adalah hidup makhluk. Iaitu hidup benda-benda yang dijadikan; benda-benda
yang baharu.

Manakala ALLAH SWT tidak demikian. Sebabnya ialah nyawa, nafas’ unsur yang empat itu, makan dan juga minum, semuanya ALLAH yang menjadikannya. Kerana itu ALLAH tidak memerlukan benda-benda itu. Firman ALLAH SWT:

Terjemahannya: Sesungguhnya ALLAH itu terkaya daripada sekalian alam. (Al Ankabut: 6)

Semua benda yang ALLAH jadikan adalah yang baharu atau dikatakan alam. Benda-benda seperti nafas, nyawa, makan dan minum serta tanah, air, api dan angin yang kita sebut tadi adalah termasuk alam yang ALLAH jadikan. Dan kerana ALLAH itu terkaya daripada sekalian alam iaitu ALLAH tidak memerlukan alam sepertimana yang ALLAH firmankan di atas, maka ALLAH tidak memerlukan benda-benda itu. Tegasnya, ALLAH tidak berhajat kepada sekalian alam walau macam mana bentuknya sekalipun. Baca entri selengkapnya »

Posted in Kajian Islam | Dengan kaitkata: | Leave a Comment »

Bab 14 Ilmu

Posted by Aliey Faizal pada 16 Juni 2012

Matan

ILMU ertinya mengetahui iaitu dengan makna nyata dan terang meliputi tiaptiap sesuatu sama
ada yang maujud atau yang ma’dum. Nyata tiap- tiap sesuatu pada ilmu ALLAH Taala bagaimanapun keadaan.

Maka hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada (sabit) qadim lagi azali berdiri pada zat ALLAH Taala dengan dia terang dan nyata pada yang wajib yakni zat dan sifatnya. Dan pada yang mustahil yakni syarikulbari dan sebagainya dan pada segala yang harus yang belum wujudnya dengan iktibar lagi akan wujud di dalam suatu masa. Atas jalan yang meliputi kenyataan tiaptiap suatu sehingga tiada kesudahan bagaimana pun keadaannya seperti nikmat Syurga, azab Neraka yang tiada berkesudahan maka ALLAH Taala mengetahui akan dia atas jalan tafsil kerana Ia menjadikan dia. Kerana takluk ilmu Tuhan pada azali itu mengikut bagi segala maklumat (yang diketahui). Dengan makna bersetuju dan muafakat ilmu dengan maklum kerana yang harus yang lagi akan diadakan itu sabit di dalam ilmu Tuhan hanya belum diadakan lagi sebagaimana firman Tuhan:

Terjemahannya: Demi Tuhan yang amat mengetahui akan segala yang ghaib, tidak terlindung daripada ilmu-Nya sekecil-kecil barang yang sebesar zarah pun yang ada di langit, dan demikian juga ,tidak terlindung segala perkara yang ada di bumi, dan tidak ada yang lebih kecil daripada zarah itu dan tiduk ada yang lebih besar daripadanya melainkan iaitu ada nyata tersebut di dalam Luh Mahfuz. (Saba’: 3)

Yang demikian nyatalah kepada manusia bahawa Tuhan mengetahui tiapt-iap sesuatu sama ada perkara itu terang atau tersembunyi. Sehingga barang yang di dalam hati dan angan-angan manusia itu pun Tuhan mengetahui, dan segala turun naik nafsu Tuhan mengetahui.

Yang demikian bangkitlah perasaan manusia takut dan gentar daripada melakukan kesalahan kerana segala perkara itu terang dan nyata pada ilmu Tuhan pada bila-bila masa dan bagaimana jua keadaannya. Apabila manusia sampai ke darjat ini baharu dinamakan sebenar-benar mengenal dan mengetahui serta percaya ilmu Tuhan.

Pengertian Sifat Ilmu

ILMU ertinya “mengetahui”. Yang dimaksudkan dengan ilmu di sini ialah nyata dan terang meliputi tiap-tiap suatu, sama ada yang maujud (yang ada) ataupun yang ma’dum (yang tiada). Walau bagaimana hal keadaan sesuatu itu, sama ada pada perkara yang ada seperti alam ini, bumi dan langit, diri kita ini dan sebagainya mahupun pada perkara-perkara yang tiada, ia tetap nyata dan terang pada ilmu pengetahuan ALLAH Taala.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkara yang tiada? Katalah pada ketika ini hujan tidak ada. Itulah perkara yang tiada, dan ia tetap dalam pengetahuan ALLAH SWT. Ertinya, ALLAH tahu bahawa pada ketika ini di tempat kita tidak ada hujan sepertimana ALLAH tahu akan perkara-perkara yang ada seperti diri kita ini. Jadi bukanlah sekadar pada perkara-perkara yang ada sahaja ALLAH mengetahui tetapi pada perkara-perkara yang tidak ada pun ALLAH mengetahui juga. Baca entri selengkapnya »

Posted in Kajian Islam | Dengan kaitkata: | Leave a Comment »