Aliey Faizal

'Isy Kariiman Aw Muth Syahiidan

Posts Tagged ‘Kajian Islam’

Matan Safinah An-Najah Karya Syaikh Salim Bin Samir Hadromi

Posted by Aliey Faizal pada 7 Juni 2012

Pembuka

Bismillaahirrohmaanirrohiim . Alhamdulillaahi Robbil ‘Aalamin . Wabihii Nasta’iinu ‘Alaa Umuuriddunyaa Waddiini . Washollallaahu ‘Alaa Sayyidinaa Muhammadin Khootamannabiyyiina Wa Aalihii Washohbihii Ajma’iina . Walaa Hawla Walaa Quwwata Illaa Billaahil’aliyyil ‘Azhiim .

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang . Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam . Dan dengannya kami mohon pertolongan atas segala urusan dunia dan agama . Dan Allah bersholawat atas junjungan kita Muhammad penutup para Nabi dan atas keluarganya dan sahabatnya semua . Dan tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi Maha Agung .

 

Rukun Islam

Arkaanul Islaami Khomsatun : Syahaadatu An Laa Ilaaha Illallaahu Wa Annna Muhammadan Rosuulullaahi , Wa Iqoomushsholaati , Wa Iitaauzzakaati , Wa Shoumu Romadhoona , Wa Hijjul Baiti Man Istathoo’a Ilaihi Sabiilan .

Rukun-rukun Islam yaitu 5 : Bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad utusan Allah , dan Mendirikan Sholat , dan Memberikan Zakat , dan Puasa Bulan Romadhon , dan Pergi Haji bagi yg mampu kepadanya berjalan .

Rukun Iman

Arkaanul Iimaani Sittatun : An Tu’mina Billaahi , Wa Malaaikatihii , Wa Kutubihii , Wa Rusulihii , Walyaumil Aakhiri , Wabilqodari Khoyrihi Wasyarrihi Minalaahi Ta’aalaa .

Rukun-rukun Iman yaitu 6 : Bahwa engkau beriman dengan Allah , dan para Malaikatnya , dan kitab-kitabnya , dan para Rosulnya , dan hari akhir , dan taqdir baiknya dan taqdir buruknya dari Allah Ta’ala . Baca entri selengkapnya »

Posted in Kajian Islam | Dengan kaitkata: , | Leave a Comment »

Bab 19 Sifat yang mustahil bagi ALLAH

Posted by Aliey Faizal pada 7 Juni 2012

SETAKAT ini, kita telah mempelajari sebanyak 13 sifat yang wajib bagi ALLAH SWT. Sepatutnya kita akan perkatakan hingga sampai kepada sifat yang ke-20 tetapi ada setengah ulama mengatakan bahawa dengan mengetahui 13 sifat yang wajib bagi ALLAH SWT adalah memadai. Ini adalah kerana huraian mengenai 7 sifat yang lain itu sebagai tokok tambahnya sahaja.

Ketujuh-tujuh sifat yang tidak kita perkatakan itu termasuk dalam bahagian sifat maknawiyah. Sifat-sifat tersebut ialah keadaan ALLAH yang berkuasa (sifat ke-14), keadaan ALLAH yang menghendaki (15), keadaan ALLAH yang mengetahui (16), keadaan ALLAH yang hidup (17), keadaan ALLAH yang mendengar (18), keadaan ALLAH yang melihat (19) dan keadaan ALLAH yang berkata-kata (20). Perbahasan tentang sifat-sifat ini akan kita buat apabila kita memperkatakan sifat maknawiyah nanti.

Perbahasan kita tentang sifat maknawiyah sama saja dengan perbahasan yang telah kita buat dalam pengajian terdahulu tentang sifat maani. Ini adalah kerana sifat maani dan sifat maknawiyah lazim-melazimi. Kerana itu, untuk mengetahui perbahasan tentang sifat ke-14 hingga sifat yang ke-20, sila rujuk kembali perbahasan kita tentang sifat maani iaitu daripada sifat Qudrah hingga kepada sifat Kalam. Ertinya, kalau kita dapat memahami sifat maani maka akan fahamlah kita tentang sifat maknawiyah.

Hukum Meyakini Sifat Mustahil Bagi ALLAH

Sebagaimana wajibnya setiap mukallaf mempelajari, memahami dan meyakini 20 sifat yang wajib pada ALLAH SWT, maka wajib juga bagi setiap mukallaf mempelajari, memahami dan meyakini 20 sifat yang mustahil pada ALLAH SWT, secara terperinci atau secara tafsili. Dan wajib di sini adalah wajib pada syarak. Ertinya, apabila kita buat dapat pahala manakala ditinggalkan berdosa.

Siapa Yang Diwajibkan Mengetahui Sifat-Sifat ALLAH

Seorang itu dikatakan mukallaf apabila dia akil baligh iaitu berakal dan sampai had umur baligh, baik pancaindera yang lima (mendengar, berkata, melihat, menghidu dan merasa) serta sampai kepadanya seruan Islam. Apabila seseorang itu mukallaf, bukan saja dia wajib mengetahui sifat-sifat ALLAH sama ada yang wajib mahupun yang mustahil dan yang harus, malah semua perintah lain juga wajib dikerjakannya seperti bersembahyang, berpuasa, berzakat, menunaikan haji dan lain-lainnya.

Dalam persoalan ini, katalah seseorang itu duduk di sebuah pulau yang manusia tidak pernah sampai kepadanya. Orang lain tidak tahu tentang pulau itu dan tidak pernah tahu adanya manusia di pulau itu. Dia yang di pulau itu pula tidak tahu langsung adanya makhluk lain di dunia ini. Perhubungan mereka terputus sama sekali. Kerana itu bukan saja ajaran Islam yang tidak pernah sampai kepadanya, bahkan adanya umat Islam pun dia tidak tahu. Baca entri selengkapnya »

Posted in Kajian Islam | Dengan kaitkata: , | Leave a Comment »

Aqidah Mukmin Siri 3 Abuya Ashaari bin Muhammad At Tamimi

Posted by Aliey Faizal pada 7 Juni 2012

Buku Aqidah Mukmin Siri 3 ini dikarang oleh Abuya Ashaari bin Muhammad At Tamimi dan diterbitkan oleh Penerbit Shoutul Arqam pada tahun 1993

Daftar Isi

  • Sekapur Sirih
  • Prakata
  • Muqaddimah
  • BAB 19: Sifat Yang Mustahil Bagi ALLAH
  • BAB 20: Bahasan Sifat-Sifat Mustahil Bagi ALLAH
  • BAB 21: Bahasan Tentang Sifat-Sifat Yang Mustahil Pada ALLAH
  • BAB 22: Bahasan Sifat Yang Mustahil Bagi ALLAH
  • BAB 23: Sifat Harus Bagi ALLAH
  • BAB 24: Hukum-Hukum Mengenal ALLAH
  • BAB 25: Dalil Wujud ALLAH
  • BAB 26: Dalil ALLAH Bersifat Qidam
  • BAB 27: Dalil ALLAH Bersifat Baqa’ dan Mukholafatuhu Lilhaa Hawadisi
  • BAB 28: Dalil ALLAH Bersifat Qiamuhu Taala Binafsihi
  • BAB 29: Dalil ALLAH Bersifat Wahdaniah
  • BAB 30: Dalil ALLAH Bersifat Qudrah, Iradah, Ilmu dan Hayat
  • BAB 31: Dalil ALLAH Bersifat Samak, Basar dan Kalam
  • BAB 32: Bahagian-Bahagian Sifat Sifat Dua Puluh Bagi ALLAH

Sejak kewafatan Rasulullah SAW hingga ke saat ini telah lahir dan berkembang di tengah-tengah masyarakat Islam berbagai-bagai aliran aqidah dan pegangan serta pecahan-pecahannya. Sehingga kalau dihitung-hitung aliran-aliran aqidah itu, akan terjumlahlah ia kepada 73 pecahan yang kesemuanya terkeluar daripada aqidah yang sebenar, kecuali satu – Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini menepati maksud Hadis:

Sesungguhnya akan berpecah-belah umatku menjadi 73 puak. Maka yang satu puak di Syurga dan yang 72 puak di Neraka.Baca entri selengkapnya »

Posted in Kajian Islam | Dengan kaitkata: , | Leave a Comment »

Aqidah Mukmin Siri 2 Abuya Ashaari bin Muhammad At Tamimi

Posted by Aliey Faizal pada 7 Juni 2012

Buku Aqidah Mukmin Siri 2 ini dikarang oleh Abuya Ashaari bin Muhammad At Tamimi dan diterbitkan oleh Penerbit Shoutul Arqam pada tahun 1991

Daftar Isi

  • Sekapur Sirih
  • Prakata
  • Muqaddimah
  • BAB 9: Sifat yang ketujuh bagi ALLAH: AL QUDRAH
  • BAB 10: Iktiqad Qadariah
  • BAB 11: Iktiqad Jabariah
  • BAB 12: Iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah
  • BAB 13: Sifat yang kelapan bagi ALLAH: AL IRADAH
  • BAB 14: Sifat yang kesembilan bagi ALLAH: AL ILMU
  • BAB 15: Sifat yang kesepuluh bagi ALLAH: AL HAYAT
  • BAB 16: Sifat yang kesebelas bagi ALLAH: AS SAMA
  • BAB 17: Sifat yang kedua belas bagi ALLAH: AL BASAR
  • BAB 18: Sifat yang ketiga belas bagi ALLAH: AL KALAM

Sejak kewafatan Rasulullah SAW hingga ke saat ini telah lahir dan berkembang di tengah-tengah masyarakat Islam berbagai-bagai aliran aqidah dan pegangan serta pecahan-pecahannya. Sehingga kalau dihitung-hitung aliran-aliran aqidah itu, akan terjumlahlah ia kepada 73 pecahan yang kesemuanya terkeluar daripada aqidah yang sebenar, kecuali satu – Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini menepati maksud Hadis:

Sesungguhnya akan berpecah-belah umatku menjadi 73 puak. Maka yang satu puak di Syurga dan yang 72 puak di Neraka.

Beruntunglah kita kalau selama ini berpegang kepada aqidah yang sah. Namun semata-mata mengaku Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak menjamin kita terselamat daripada terperangkap dengan aqidah yang sesat. Baca entri selengkapnya »

Posted in Kajian Islam | Dengan kaitkata: , | Leave a Comment »

MAYAT DALAM KUBUR MEMBACA SURAH YASIN

Posted by Aliey Faizal pada 1 Juni 2012

Mayat 8 bulan didapati telah duduk membaca quran.

Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser, penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia.

Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la, tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli.

Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang Negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Baca entri selengkapnya »

Posted in Kajian Islam | Dengan kaitkata: , | 2 Comments »