Aliey Faizal

'Isy Kariiman Aw Muth Syahiidan

Bab 19 Sifat yang mustahil bagi ALLAH

Posted by Aliey Faizal pada 7 Juni 2012

SETAKAT ini, kita telah mempelajari sebanyak 13 sifat yang wajib bagi ALLAH SWT. Sepatutnya kita akan perkatakan hingga sampai kepada sifat yang ke-20 tetapi ada setengah ulama mengatakan bahawa dengan mengetahui 13 sifat yang wajib bagi ALLAH SWT adalah memadai. Ini adalah kerana huraian mengenai 7 sifat yang lain itu sebagai tokok tambahnya sahaja.

Ketujuh-tujuh sifat yang tidak kita perkatakan itu termasuk dalam bahagian sifat maknawiyah. Sifat-sifat tersebut ialah keadaan ALLAH yang berkuasa (sifat ke-14), keadaan ALLAH yang menghendaki (15), keadaan ALLAH yang mengetahui (16), keadaan ALLAH yang hidup (17), keadaan ALLAH yang mendengar (18), keadaan ALLAH yang melihat (19) dan keadaan ALLAH yang berkata-kata (20). Perbahasan tentang sifat-sifat ini akan kita buat apabila kita memperkatakan sifat maknawiyah nanti.

Perbahasan kita tentang sifat maknawiyah sama saja dengan perbahasan yang telah kita buat dalam pengajian terdahulu tentang sifat maani. Ini adalah kerana sifat maani dan sifat maknawiyah lazim-melazimi. Kerana itu, untuk mengetahui perbahasan tentang sifat ke-14 hingga sifat yang ke-20, sila rujuk kembali perbahasan kita tentang sifat maani iaitu daripada sifat Qudrah hingga kepada sifat Kalam. Ertinya, kalau kita dapat memahami sifat maani maka akan fahamlah kita tentang sifat maknawiyah.

Hukum Meyakini Sifat Mustahil Bagi ALLAH

Sebagaimana wajibnya setiap mukallaf mempelajari, memahami dan meyakini 20 sifat yang wajib pada ALLAH SWT, maka wajib juga bagi setiap mukallaf mempelajari, memahami dan meyakini 20 sifat yang mustahil pada ALLAH SWT, secara terperinci atau secara tafsili. Dan wajib di sini adalah wajib pada syarak. Ertinya, apabila kita buat dapat pahala manakala ditinggalkan berdosa.

Siapa Yang Diwajibkan Mengetahui Sifat-Sifat ALLAH

Seorang itu dikatakan mukallaf apabila dia akil baligh iaitu berakal dan sampai had umur baligh, baik pancaindera yang lima (mendengar, berkata, melihat, menghidu dan merasa) serta sampai kepadanya seruan Islam. Apabila seseorang itu mukallaf, bukan saja dia wajib mengetahui sifat-sifat ALLAH sama ada yang wajib mahupun yang mustahil dan yang harus, malah semua perintah lain juga wajib dikerjakannya seperti bersembahyang, berpuasa, berzakat, menunaikan haji dan lain-lainnya.

Dalam persoalan ini, katalah seseorang itu duduk di sebuah pulau yang manusia tidak pernah sampai kepadanya. Orang lain tidak tahu tentang pulau itu dan tidak pernah tahu adanya manusia di pulau itu. Dia yang di pulau itu pula tidak tahu langsung adanya makhluk lain di dunia ini. Perhubungan mereka terputus sama sekali. Kerana itu bukan saja ajaran Islam yang tidak pernah sampai kepadanya, bahkan adanya umat Islam pun dia tidak tahu.

Orang ini tidak dianggap mukallaf lagi walaupun dia sudah akil baligh dan baik pula pancainderanya. Dia dianggap ‘ahli fitrah’ yakni panggilan bagi manusia yang hidup di antara zaman seorang rasul dengan seorang rasul yang lain. Zaman dahulu, apabila seorang rasul itu wafat, kadang-kadang sampai 500 tahun dan kadang-kadang lebih baru seorang rasul lain diutus oleh ALLAH. Jadi di antara rasul dengan rasul itu, manusia sudah terbiar dan tidak ada bimbingan dan tidak ada yang menyedarkan mereka lagi. Ahli fitrah ini tergolong dalam orang-orang yang “lepas daripada Neraka”.

Dalam hal ini juga, perlulah kita fahami bahawa orang yang dikatakan ahli fitrah ini tidak ada pada zaman ini. Kerana perhubungan manusia antara satu tempat dengan satu tempat yang lain sudah ada, bahkan baik sekali. Dengan demikian tidak ada golongan manusia yang boleh mengatakan dia tidak tahu Islam. Dan dengan itu, tidak ada seorang pun yang boleh terlepas daripada Neraka semata-mata kerana dia tidak kenal Islam.

Kemudian, kalau seseorang itu baligh tetapi tidak berakal walaupun pancainderanya baik dan seruan Islam sampai kepadanya, dia bukan juga dinamakan mukallaf. Maka dia terlepas daripada Neraka. Atau kalau seseorang itu baligh dan ada akal tetapi pancainderanya cacat seperti pekak atau bisu dan sebagainya, walaupun seruan Islam sampai kepadanya, dia bukan mukallaf. Terlepas juga dia daripada Neraka.

Jadi orang-orang yang bukan tergolong dalam golongan mukallaf ini adalah bernasib baik juga. Umpamanya, bagi orang yang tidak berakal percuma saja dia dapat Syurga. Tidak payah mujahadah, tidak payah berjuang berjihad, tidak payah laksanakan semua perintah ALLAH, tetapi dapat Syurga. Cuma, kalau barang yang dapat percuma itu, tingkatnya agak rendah. Ibarat di dunia ini, dia adalah office boy atau pelayan-pelayan saja. Jadi di Syurga nanti tarafnya hanya pelayan kepada Mukmin yang lain.

Tetapi macam kita ini, kenalah sungguh-sungguh melaksanakan semua perintah ALLAH. Terpaksalah kita berjuang sungguh-sungguh. Kalau berjaya, maka hadiahnya tentulah lebih besar dan hebat. Betapa tidak hebat kalau bertaraf super scale di Akhirat. Sebaliknya kalau tidak berjaya melaksanakan perintah yang diwajibkan kepada kita sebagai mukallaf, tarafnya pun hebat juga. Cuma hebat ini di Neraka!Wal’iyazubillah.

Pengertian Mustahil Pada Akal

Maka sebagai mukallaf, wajib bagi kita mengetahui dan meyakini sifat-sifat yang mustahil pada ALLAH. Erti mustahil di sini ialah mustahil pada akal, iaitu suatu perkara yang akal tidak mahu menerima akan adanya. Akal tidak mahu menerima akan wujudnya tetapi yang akal mahu menerima ialah tiadanya.

Umpamanya, kalau dikatakan mustahil ALLAH itu lemah dan lain-lainnya ertinya akal tidak mahu menerima yang ALLAH itu lemah. Untuk lebih mudah memahaminya, cuba kita kiaskan kepada makhluk. Katalah ada orang mengatakan,”anak lebih tua daripada ayah” atau “anak lebih dahulu daripada ayah”. Mahukah akal kita menerimanya? Tentunya tidak. Inilah yang dikatakan mustahil pada akal.

Satu lagi contoh yang boleh kita bawa ialah mustahil terjadinya gerak dan diam dalam satu masa. Akal tidak akan mahu menerimanya. Tetapi kalau gerak dan diam itu berlaku secara bergilir-gilir, itu adalah harus Ia boleh berlaku. Kerana kalau sesuatu itu bergerak, hilang diam, dan kalau ia diam, hilang geraknya.

Dan demikianlah yang berlaku kepada ALLAH Taala. Adalah suatu yang mustahil ALLAH itu bersifat lemah, misalnya. Inilah yang dikatakan mustahil pada akal.

Pengertian Wajib Pada Akal

Kemudian pengertian “wajib pada akal” ialah, suatu perkara itu tidak diterima oleh akal akan tiadanya. Tetapi yang diterima oleh akal ialah adanya. Umpamanya, wajib ayah itu lebih tua daripada anak. Akal tidak akan mahu menerima kalau ayah itu lebih muda daripada anak.

Ini adalah bahasan kita tentang wajib pada akal, nisbah kepada makhluk atau yang baharu. Perbahasan seperti ini adalah satu perbahasan secara falsafah atau secara mantik. Bagi orang yang suka dan biasa berbahas demikian, mungkin dia boleh dapat memahaminya dengan cepat. Tetapi bagi orang yang jarang membuat perbahasan demikian, maka susah sekali untuk memahaminya. Namun kalau kita merasakan terlalu berat untuk memahaminya, perlulah diingatkan bahawa
hal itu jangan dipaksa sangat kepada otak kita.

Fahaman Muktazilah

Terjadinya pelajaran falsafah dimasukkan ke dalam ilmu tauhid adalah bermula di waktu fitnah zaman dahulu, iaitu zaman Hassan Al Basri dan kemudiannya zaman Abu Hassan Al Asyaari dan juga zaman Abu Mansur Al Maturidi. Fitnah yang timbul ketika itu berpunca dari ulama Islam yang di samping mendalami pengetahuan Al Quran dan Sunnah, juga mendalami ilmu falsafah. Oleh kerana ulama tersebut mendalami ilmu falsafah lebih dari ilmu Al Quran dan Sunnah, akhimya dia terperangkap dengan fahaman falsafah. Dia seorang murid Hassan Al Basri yang bemama Wasil bin Ataq.

Hassan Al Basri memang terkenal sebagai guru Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dia seorang ulama besar di zaman dahulu. Di samping seorang ahli feqah, dia juga seorang ahli sufi yang ulung bahkan seorang waliyullah. Beliau pemah bertemu dengan seorang Sahabat. Jadi Hassan Al Basri ini mengajar kepada ramai murid. Muridnya yang bernama Wasil bin Ataq itu, dengan ilmu falsafah yang ada padanya, telah bertanya kepadanya, “Bagaimanakah pendapat tuan guru terhadap seorang Mukmin yang mati membawa dosa besar?”

Hassan Al Basri menjawab, “Kalau dia seorang Mukmin, dan kalau ALLAH tidak ampunkan dosanya, dia akan masuk Neraka lebih dahulu. Kemudian di suatu masa nanti, ALLAH akan masukkan dia ke dalam Syurga.”

Wasil bin Ataq terus memberi pendapatnya pula dengan berkata, “Saya tidak bersetuju dengan pendapat tuan guru. Pendapat saya adalah begini. Kalau seorang itu mati dengan membawa dosa besar, dia Mukmin pun tidak dan kafir pun tidak. Kerana itu, di Akhirat kelak, kedudukannya adalah di antara Syurga dan Neraka. Ertinya dia itu, masuk Neraka tidak dan masuk Syurga pun tidak, dan dia bersandar pada satu tiang.”

Dengan itu Hassan Al Basri pun menjawab: “Iktazala ‘anna Wasil‘ (Nampaknya sudah berpisahlah Wasil dengan kita).

Daripada kalimah Iktazala itulah maka timbul perkataan”muktazilah” iaitu fahaman yang dibawa oleh Wasil bin Ataq. Wasil telah menyimpang jauh daripada Al Quran dan Sunnah. Fahamannya bergantung semata-mata kepada ilmu falsafah. Orang yang menganuti fahaman ini ialah ahli fikir.

Fahaman muktazilah yang dipelopori oleh Wasil bin Ataq itu semakin menggugat umat Islam hinggakan keadaan dan suasana menjadi begitu gawat apabila sampai kepada zaman Abu Hassan Al Asyaari. Abu Hassan pada mulanya belajar dengan seorang murid kepada Wasil bernama Ali Jabari yang juga berfahaman muktazilah. Kerana itu, pada mulanya Abu Hassan Al Asyaari mengikut fahaman tuan gurunya. Tetapi apabila dia sudah pandai dan bijak dan boleh pula berfikir sendiri, ALLAH telah memimpinnya kembali.

Ketika itu ALLAH telah memberi Abu Hassan Al Asyaari taufiq dan hidayah yang membuatkan dia sedar tentang kesalahan tuan gurunya. Lantaran itu, Abu Hassan Al Asyaari terus mempertahankan iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dan untuk membolehkan dia berhadapan dengan golongan muktazilah yang menggunakan falsafah dan mantik, Abu Hassan Al Asyaari juga belajar ilmu falsafah dan mantik. Tujuannya ialah untuk menggunakan ilmu itu bagi memukul balik golongan muktazilah itu.

Jadi dalam memahami pengertian wajib pada akal dan mustahil pada akal ini, kita telah membawakan perbahasan secara mantik dan secara lojik. Dan ianya kalau boleh kita fahami, adalah baik tetapi kalau tidak dapat difahami, jangan pula dipaksa-paksakan otak kita untuk memahaminya.

Mempelajari, memahami serta meyakini sifat-sifat mustahil pada ALLAH Taala itu adalah dituntut pada ilmu tauhid atau usuluddin yang oleh sesetengah orang disebut al fequl akbar (ilmu feqah yang besar) dan ada yang mengatakan ilmu sifat atau ilmu zat, yang hakikatnya satu saja.

Yang dituntut pada pengertian ilmu tauhid ini pula adalah untuk menetapkan keyakinan dan aqidah kita tentang 20 sifat yang wajib dan juga 20 sifat yang mustahil bagi ALLAH SWT. Ilmu yang dituntut itu pula bukan secara sepintas lalu atau secara ringkas-ringkas sahaja tetapi mestilah secara terhurai dan secara satu-persatu.

Umpamanya, dalam kita mempelajari dan memahami sifat 20 yang wajib pada ALLAH itu, ia mestilah dibuat satu-persatu daripada sifat yang pertama hingga ke-20. Kemudian dalam kita mempelajari 20 sifat yang mustahil bagi ALLAH pula, ianya kita buat satu-persatu dengan huraiannya sekali bermula dari sifat mustahil yang pertama hinggalah kepada sifat mustahil yang ke-20. Tidaklah boleh kita buat secara menterjemahnya saja dan kemudian kita hafal. Sebaliknya hendaklah kita buat dengan huraiannya sekali, walaupun mungkin huraiannya tidak luas. Kerana yang demikian itu akan menetapkan keyakinan dan aqidah kita. Dan itulah yang dikatakan ‘aqoidul iman yang tercantum di dalam ucapan:

[syahadat]

Demikianlah peri mustahaknya mempelajari dan memahami sifat-sifat yang wajib, sifat-sifat yang mustahil dan juga sifat yang harus pada ALLAH Taala. Di samping itu kita juga wajib mempelajari dan memahami sifat-sifat kerasulan iaitu yang wajib, yang mustahil dan yang hams pada rasul. Kerana yang demikian itu dapat menetapkan pegangan kita hingga ia menjadi keyakinan kita.

Kalau seorang mukallaf itu tidak mahu mempelajari dan memahami sifat-sifat yang wajib pada ALLAH SWT, sifat-sifat yang mustahil dan yang harus pada-Nya, serta sifat-sifat yang wajib, yang mustahil dan yang harus pada rasul, hingga ia tidak dapat menjadi keyakinan dan pegangannya, maka orang mukallaf itu telah melakukan satu kesalahan yang besar; lebih daripada kesalahan tidak mengetahui ilmu feqah (ilmu syariat). Jadi paling besar dosa seseorang mukallaf itu ialah manakala dia jahil tentang sifat-sifat yang wajib, yang mustahil dan yang harus pada ALLAH, dan juga sifat-sifat yang wajib, yang mustahil dan yang harus pada rasul.

Orang Jahil Dan Ilmu Ketuhanan

Kalau seseorang itu jahil tentang ilmu feqah, dia hanya jatuh kepada ‘asi atau derhaka. Dia hanya dianggap ingkar dan mungkar atau hanya jadi orang fasiq ataupun zalim. Tetapi kalau seseorang itu jahil tentang sifat-sifat ketuhanan dan kerasulan hingga dia tidak kenal ALLAH dan rasul, dan tidak mempunyai pegangan dan keyakinan kepada ALLAH dan rasul, maka menurut ulama-ulama usuluddin, dia adalah kafir. Kalau kafir, maka kekal abadi di dalam Neraka. Sebaliknya kalau seseorang itu jatuh kepada fasiq ataupun zalim, dia tidak kekal abadi di dalam Neraka. Cukup masa, dia ada peluang untuk masuk ke Syurga.

Bagi orang yang tidak dapat menetapkan keyakinan dan pegangannya kepada ALLAH dan rasul disebabkan dia tidak mengetahui serta memahami sifat-sifat yang wajib, yang mustahil dan yang harus pada ALLAH dan pada rasul, maka dia tetap terjun ke Neraka dan kekal abadi di dalamnya. Walaupun dia banyak bersembahyang, banyak berpuasa, berzakat, sudah puluhan kali naik haji ataupun dia berjuang dan berjihad serta berkorban dan sebagainya, tetapi oleh kerana dia terjatuh kepada hukum kafir, maka semuanya itu tidak ada nilai di sisi ALLAH SWT.

Dan lagi sekali kita katakan bahawa pengertian yang dituntut ke atas setiap mukallaf tentang ilmu usuluddin atau ilmu tauhid ini ialah secara terhurai satu-persatu, bukan secara ringkas-ringkas. Kalau ilmu tauhidnya tidak sempurna walaupun ilmu-ilmu lairmya banyak seperti ilmu sainsnya banyak, ilmu hisabnya tinggi dan sebagainya, dia tetap terhukum kepada kafii. Ini adalah kerana seseorang yang tidak mempelajari dan memahami ilmu tauhid hingga ia menjadi keyakinan dan pegangannya, dia tidak mengetahui tapak di dalam ajaran Islam. Dia hanya mengetahui batang-batangnya, ranting-ranting atau dahan-dahannya sahaja.

Sedangkan tapak atau asas di dalam ajaran Islam itu penting. Kalau diibaratkan pokok, ilmu tauhid adalah akar tunjangnya. Apakah pokok boleh tertegak kalau akar tunjangnya tidak ada? Tentunya tidak, sebab semakin lebat dahan dan rantingnya, semakin lebat buahnya serta daun-daunnya, semakin cepat ia rebah.

Jadi bagi seseorang yang lemah ilmu tauhidnya, makin banyak dia bergerak di tengah masyarakat, makin banyak perjuangan dan jihadnya, makin banyak usaha dan ikhtiamya, semakin cepat dia jatuh. Sebab itulah dikatakan [awaluddin makrifatullah] mula-mula sekali dalam agama Islam itu ialah mengenal ALLAH. Kalau seseorang itu tidak mengetahui sifat-sifat yang wajib, yang mustahil dan yang hams pada ALLAH, ertinya orang itu belum mengenal ALLAH, walaupun ilmu feqahnya atau ilmu tafsimya hebat, ilmu Hadisnya banyak hingga dia boleh syarah pada orang lain, ilmu nahu dan ilmu balaghahnya tinggi dan lain-lainnya.

Sebab itulah, kalau kita hendak didik anak kita bermula dari umur tujuh tahun lagi, hendaklah kita kenalkan dia dengan ALLAH dahulu di samping kita menyuruh dia bersembahyang. Tetapi malangnya, umat Islam di seluruh dunia hari ini, anak-anak yang berumur 7 tahun mereka ajar ilmu hisab lebih dahulu. Diperkenalkan kepadanya nombor-nombor, angka dan sebagainya. Kemudian diajar ilmu sains. Diperkenalkan kepadanya ulat-ulat, pokok-pokok, bunga dan lain-lainnya. Tidak diperkenalkan langsung kepadanya ALLAH lebih dahulu. Inilah silapnya.

Apabila seseorang itu tidak kenal ALLAH, seluruh amalnya sama ada yang berbentuk fardhu mahupun sunat, tidak diterima oleh ALLAH SWT. Ini adalah kerana, kita membuat kebajikan seperti bersembahyang, berpuasa, berjuang dan berjihad, bersedekah dan berkorban, naik haji dan lain-lainnya, semuanya itu merupakan hadiah ataupun persembahan. Dan tentulah kita perlu tahu kepada siapa kita hendak berikan persembahan kita itu. Oleh kerana persembahan itu hendak kita berikan kepada ALLAH, maka tentulah kita perlu kenal ALLAH. Kalau kita tidak kenal ALLAH, walau banyak mana sekalipun persembahan kita, kepada siapakah yang hendak kita berikan? Takut-takut bukan kepada ALLAH, tetapi kepada syaitan.

Kalau begitu, sia-sia sahaja sembahyang kita, sia-sia sahaja puasa kita, sia-sia sahaja perjuangan dan jihad kita, sia-sia sahaja haji kita dan sebagainya. Betapa tidak kalau kita persembahkan ia kepada syaitan. Inilah yang dikatakan, orang berbuat tetapi macam tidak berbuat., Macamlah kita hendak memberi persembahan kepada raja tetapi raja pun kita tidak kenal. Sampai di istana, kita ingat penjaga istana itu raja lalu kita persembahkan hadiah itu kepadanya. Bukankah sia-sia hadiah kita itu? Tidak ada apa-apa faedah kerana ia tidak sampai kepada raja.

Untuk mengenal ALLAH agar amal kebajikan kita sampai kepada-Nya, kita mesti mempelajari ilmu tauhid yang menjadi tapak di dalam ajaran Islam. Kalau tauhid tidak ada, aqidah kita rosak dan iman tidak ada. Dan kalau berlaku demikian, tidak ada tempat bagi sembahyang kita, puasa kita, haji kita, perjuangan dan jihad kita, dan sebagainya.

Kalau kita tidak ada ilmu tauhid, kita tidak dapat menghurai apa yang terkandung di dalam kalimah syahadah. Bererti, tidak ada ertinya kita membaca Lailahaillallah Muham madur Rasulullah berulang kali. Walau kita jadikan ia wirid dan zikir berpuluh-puluh ribu kali sekalipun, tetapi ia tidak memberi erti apa-apa kepada kita. Kita tidak dapat apa-apa daripadanya, kerana kita tidak kenal ALLAH. Kita tidak ada ilmu yang menjadi akar umbi agama.

Sebaliknya, kalau kita sudah ada ilmu itu, maka bererti tapak agama kita sudah kuat. Agama kita sudah bertapak. Tinggal hendak membangunkan sahaja lagi di bidang-bidang lain seperti sembahyangnya, hajinya, puasanya, sedekahnya, perjuangan dan jihadnya, pengorbanannya dan lain-lainnya. Dan semua yang kita bangunkan itu merupakan hadiah yang hendak kita persembahkan kepada ALLAH. Manakala kita sudah kenal ALLAH, maka mudahlah bagi kita untuk mempersembahkan kepada-Nya.

Oleh yang demikian, perlulah kita menilai kedudukan pengajian kita di bidang tauhid. Sudabkah kita laksanakan tuntutan ke atas diri kita sebagai seorang mukallaf yang mewajibkan kita mempelajari serta memahami semua sifat ketuhanan dan kerasulan. Setelah kita fahami, hendaklah kita pegang sungguh-sungguh hingga ia benar-benar menjadi keyakinan kita.

Artikel ini adalah bagian dari buku Aqidah Mukmin Siri 3 yang berisi buah fikiran dan ilham dari Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Artikel Terkait :

Iklan

Silahkan Berkomentar

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

 
%d blogger menyukai ini: