Aliey Faizal

'Isy Kariiman Aw Muth Syahiidan

Bab 32 Bahagian-bahagian sifat dua puluh bagi ALLAH

Posted by Aliey Faizal pada 29 Mei 2012

MATAN

MATAN Bahagian Sifat Dua Puluh .Adalah sifat dua puluh yang wajib bagi Tuhan itu terbahagi kepada empat bahagian:

Yang pertama, sifat nafsiah maka dinamakan juga sifat sabutiyah (yang ditetapkan sahaja tidak termasuk di dalam golongan ada dan golongan tiada).

Yang kedua, sifat salbiah maka dinamakan juga sifat ‘adamiah (yang terbangsa kepada tiada).

Yang ketiga, sifat maani maka dinamakan juga sifat wujudiah (yang terbangsa kepada ada).

Yang keempat, sifat maknawiyah maka dinamakan juga sifat haliah (yang terbangsa kepada keadaan, sama seperti yang pertama).

Sifat Nafsiah

Adalah makna sifat nafsiah itu ialah sifat yang dibangsakan kepada zat iaitu sifat wujud ALLAH Taala tiada menunjukkan k,epada makna yang lain lebih daripada berdirinya pada zat. Maka wujud itulah yang dikatakan nafsiah bagi zat ALLAH Taala yakni sifat yang tetap bagi zat segala ada zat dengan tiada suatu kerana pun. Maka sebab wujud itu dinamakan sifat nafsiah kerana sebenar-benar wujud itu menunjuk kepada diri zat sahaja tiada lain dan tiada boleh dipisahkan sifat wujud itu daripada zat bagaimana sifat-sifat yang lain. Maka hakikatnya sifat nafsiah itu iaitu ha1 yang wajib bagi zat selagi ada zat tidak dikeranakan dengan suatu kerana pun. Ia wujud pada zihin (fikiran) tetapi tiada wujud pada kharij (luar fikiran).

Sifat Salbiah

Adalah makna sifat salbiah itu ialah sifat yang dibangsakan kepada menafikan atau menidakkan maka sifatnya lima, Qidam, Baqa, Mukholafatuhu Lilhawadisi, Qiamuhu Taala Binafsihi dan Wahdaniah. Maka sebab dinamakan sifat salbiah kerana dengan lima sifat itulah yang menolak dan menafikan ALLAH Taala bersifat dengan lawan dan segala sifat kekurangan atasnya seperti di bawah ini kenyataannya:

  1. Qidam menafikan Tuhan ada permulaan.
  2. Baqa’ menafikan Tuhan ada kesudahan.
  3. Mukholafatuhu Lilhawadisi menafikan bersamaan dengan segala yang baharu.
  4. Qiamuhu Taala Binafsihi menafikan berhajat kepada yang lain.
  5. Wahdaniah menafikan berbilang-bilang.

Maka hakikat sifat salbiah itu iaitu ibarat daripada menolakkan dan menafikan perkara yang tiada layak atas ALLAH Taala. Sifat-sifat itu tiada maujud pada kharij dan tiada maujud pada zihin. Dari itu dinamakan dia sifat ‘adamiuh tetapi tidak dihukumkan nafi kerana antara nafi dengan ‘adam ada berbeza iaitu tiap-tiap nafi dihukumkan ‘adam maka tidak tiap-tiap ‘adam itu dihukumkan nafi, seperti sifat salbiah maka ia ‘adam tetapi tiada nafi. Maka nyatalah ‘adam itu am dan nafi itu khas.

DALAM bab ini, kita akan membahaskan bahagian-bahagian sifat 20 bagi ALLAH SWT, yang mana 20 sifat yang wajib bagi ALLAH SWT ini, sedikit sebanyak telah kita pelajari dalam bab-bab sebelum ini, berserta dalil-dalilnya secara ringkas sama ada dalil aqli mahupun dalil naqli. Kita akan membahaskannya lagi dengan membahagikannya kepada empat bahagian iaitu:

  1. Sifat nafsiah;
  2. Sifat salbiah;
  3. Sifat maani; dan
  4. Sifat maknawiyah.

Hukum Mempelajarinya

Sebelum kita memperkatakan perkara ini dengan lebih lanjut, ingin juga diingatkan di sini bahawa mengkaji bahagianbahagian sifat 20 ini hanya merupakan fardhu kifayah, bukan fardhu ain. Ertinya, tidak semua orang di dalam satu kawasan masafatul qasar atau di dalam lingkungan kawasan 48 batu (menurut Mazhab Syafi’i) wajib mengetahui perbahasan bahagian sifat 20 ini. Memadailah kalau ada satu orang saja yang mengetahuinya. Tetapi, kalau di dalam satu kawasan masafatul qasar itu tidak ada seorang pun umat Islam yang akil baligh yang mengetahui perbahasannya, maka seluruh umat Islam di kawasan itu adalah berdosa.

Bagaimanapun, mengetahui sifat 20 yang wajib bagi ALLAH SWT dengan dalil-dalilnya sama ada dalil aqli mahupun dalil naqlinya, adalah menjadi fardhu ain kepada setiap umat Islam yang akil baligh. Setiap mukallaf mesti mempelajari, memahami dan meyakininya kerana ia merupakan pegangan dan keyakinan seseorang itu. Mengenal ALLAH melalui sifat-sifat-Nya itu adalah tapak di dalam ajaran Islam. Di atasnyalah ditegakkan perkara-perkara yang lain. Jadi mempelajari sifat 20 yang wajib pada ALLAH, walaupun secara ringkas-ringkas, adalah wajib ain bagi setiap mukallaf.

Tidak Mengapa Jika Susah Faham

Maka perbahasan kita di sini mengenai bahagian-bahagian sifat 20 yang kesemuanya ada empat bahagian, adalah untuk memenuhi perintah fardhu kifayah sahaja. Dan perbahasan ini dikaitkan dengan ilmu mantik atau ilmu falsafah. Oleh itu, ia agak susah untuk kita fahami. Bukan saja susah untuk difahami, malah untuk menghuraikannya pun agak susah. Namun demikian, oleh kerana ia bukan tuntutan fardhu ain, sekadar fardhu kifayah sahaja, maka kalau kita tidak dapat memahaminya, tidaklah menjadi hal. Cuma, kalau dapat kita fahami, alhamdulillah, dapatlah ia menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita.

Sifat Nafsiah

Sifat nafsiah ataupun yang dikatakan sifat sabutiyah, adalah sifat yang ditetapkan sahaja. Ia tidak termasuk dalam golongan ada dan tidak juga termasuk dalam golongan tiada. Ini adalah menurut pandangan ahli falsafah atau ahli ilmu mantik.

Oleh kerana itu, sifat nafsiah ini adalah sifat yang dibangsakan kepada zat, iaitulah sifat Wujud bagi ALLAH SWT. Nisbah setiap yang baharu, sifat nafsiah ini adalah yang dibangsakan kepada di r i Tetapi bagi ALLAH SWT, sifat nafsiah ini adalah yang dibangsakan kepada zat ALLAH SWT itu sendiri. Jadi, sifat nafsiah ini tidak menunjukkan kepada makna yang lain lebih daripada berdiri pada zat.

Nafsiah Menunjuk Kepada Wujudnya ALLAH

Ertinya, Wujud itulah yang dikatakan nafsiah bagi ALLAH SWT iaitu sifat yang tetap bagi zat selagi ada zat. Dengan kata-kata yang lam, zat ALLAH itulah yang dikatakan Wujud. Dan bila kita katakan nafsiah, ia menunjukkan kepada wujudnya ALLAH SWT atau adanya zat ALLAH SWT.

Dulu telah kita bahaskan tentang erti Wujud itu sendiri sepertimana yang telah dibentangkan oleh ulama-ulama iaitu: Wujud itu ialah zat bagi ALLAH SWT. Jadi, yang dimaksudkan dengan Wujud itu ialah zat bagi ALLAH SWT. Kerana, sekiranya tidak ada zat, maka tentulah tidak boleh dikatakan wujud. Kalau dinisbahkan pada makhluk seperti kita ini, bagaimana boleh dikatakan kita ini ada kalau diri kita tidak ada. Atau bagaimana boleh sesuatu benda itu dikatakan ada kalau bendanya tidak ada. Bagi ALLAH SWT, tentulah tidak boleh dikatakan benda tetapi itulah zat bagi-Nya. Maka zat itulah yang dikatakan Wujud tadi.

Untuk memudahkan perbahasan kita, cuba kita ambil sebuah buku misalnya. Yang dapat kita lihat dan kita rasa pada benda yang kita namakan buku itu, itulah yang dinamakan zat buku itu. Oleh kerana adanya buku itu sepertimana yang dapat kita rasa dan yang dapat kita lihat, maka timbullah kalimah ada atau kalimah wujud. Sekiranya buku itu tidak ada, tentulah tidak timbul kalimah ada. Begitu jugalah dengan benda-benda yang lain; apabila benda itu ada, maka barulah timbul kata-kata yang menunjukkan benda itu ada atau benda itu wujud. Maka benda itulah yang dikatakan wujud. Dan wujud itulah yang dikatakan nafsiah iaitu yang dibangsakan kepada diri benda itu.

Cuma, perlu sekali kita ingat di sini, ALLAH SWT bukanlah nisbah benda atau nisbah setiap yang baharu kerana ALLAH SWT tidak boleh dilihat dan tidak boleh dirasa. Namun, zat ALLAH itu tetap ada sebagaimana telah kita bahaskan dalam bab-bab yang lalu. Adanya alam ini dan adanya segala yang baharu termasuklah kita ini, menunjukkan adanya ALLAH SWT, atau menunjukkan wujudnya ALLAH SWT. Dan kepada zat ALLAH SWT yang dikatakan Wujud itulah yang dikatakan nafsiah.

Wujud itulah sifat yang tetap bagi ALLAH SWT selagi ada zat. Ertinya, selagi ada zat, maka selama itulah kalimah wujud akan timbul. Dan kalimah itu akan seterusnya timbul kerana sememangnya zat ALLAH SWT itu wujud dengan tidak ada kesudahannya. Sepertimana buku yang menjadi permisalan kita tadi; selagi buku itu ada, maka selagi itulah kalimah wujud itu timbul. Cuma, adanya buku itu akan berkesudahan. Ia akan musnah juga. Dan apabila buku itu sudah tidak ada, maka barulah kalimah wujud bagi buku itu tidak ada lagi.

Tetapi zat ALLAH SWT, wujudnya tidak berkesudahan. Oleh itu, selama-lamalah kalimah Wujud itu ada bagi zat ALLAH SWT. Itulah yang dikatakan sifat yang tetap bagi ALLAH SWT.

Wujudnya ALLAH Tidak Bersebab

Kemudian, adanya zat ALLAH SWT itu atau wujudnya zat ALLAH SWT itu, tidak dikeranakan oleh suatu kerana. Maksud tidak dikeranakan oleh suatu kerana di sini ialah, ALLAH tidak ada yang menjadikan. Atau dengan maksud yang lain, wujudnya ALLAH SWT tidak bersebab. Tidak sepertimana makhluk ini; setiap kewujudannya bersebab. Contohnya diri kita ini; hakikatnya, yang menjadikan kita ialah ALLAH SWT tetapi wujudnya diri kita ini ada bersebab, iaitu melalui ibu dan ayah. Kerana adanya ibu dan ayah, maka wujudlah kita ini. Jadi, ibu dan ayah adalah sebagai sebab sahaja.

Tetapi, zat ALLAH SWT yang dikatakan Wujud dan yang dikatakan nafsiah itu, tidak dikeranakan oleh sesuatu kerana. Dengan maksud, tidak ada siapa yang menjadikan zat ALLAH SWT. Ertinya, wujudnya ALLAH SWT itu tidak bersebab sepertimana wujudnya makhluk seperti kita ini. Dan kepada wujudnya zat ALLAH SWT itulah yang dikatakan nafsiah, tidak kepada yang lain dari itu. Dan oleh kerana yang demikian jugalah, sifat nafsiah ini hanya satu sahaja iaitu Wujud.

Jadi, kesimpulannya, wujud itu dinamakan nafsiah adalah kerana sebenar-benar wujud itu menunjukkan kepada diri zat dan tiada lain, yang mana di antara sebutan kalimah ‘ada’ dengan zat yang ada itu tidak boleh dipisahkan. Ertinya, sebutan kalimah ‘ada’ atau ‘wujud’ itu tidak boleh dipisahkan daripada zat yang ada itu.

Kemudian, zat ALLAH SWT itu adalah maujud pada zihin atau pada tikiran tetapi tiada maujud pada kharij atau di luar fikiran. Untuk membahaskan pengertian ini, kita kembali kepada buku yang menjadi contoh perbandingan kita tadi. Nisbah setiap yang baharu seperti buku itu, yang dikatakan zat itulah bendanya atau dirinya, yang dapat kita rasa. Dengan kata-kata yang lam, itulah jirim benda atau buku tadi. Cuma, setiap yang dapat kita lihat pada zat yang baharu itu, itulah sifatnya.

Seterusnya, apakah zat itu dapat dilihat di luar fiiiran kita? Tentulah tidak. Tetapi, apakah ia boleh dinafikan oleh fikiran kita? Tentu juga tidak. Kerana, zatnya sudah ada hingga ia dapat dilihat dan dapat dirasa. Itulah yang menyebabkan timbulnya kalimah wujud bagi zat buku itu. Kalaulah ada orang yang berani menafikan buku itu tidak ada atau buku itu tidak wujud, apakah akal kita boleh menerimanya? Tentulah tidak. Sebaliknya, akal fikiran kita tetap mengatakan ada atau wujudnya buku itu. Dengan kata-kata yang lain, buku itu maujud pada fikiran kita.

Tetapi, kalau kita lihat dengan mata kepala kita di luar fikirankita, apakah zat buku itu boleh dilihat? Tentulah tidak. Yang dapat kita lihat atau yang nampak pada mata kepala kita itu bukan zatnya tetapi adalah sifatnya, iaitu bentuknya begian- begian, warnanya begian-begian dan sebagainya. Jadi, yang dapat kita lihat dengan mata kepala kita pada fikiran adalah sifatnya. Ertinya, buku itu maujud pada fikiran kita tetapi tidak maujud di luar fikiran.

Dan, kalaulah jirim seperti buku itu pun, hanya maujud pada fikiran kita tetapi tidak maujud di luar fikiran kita, betapalah ALLAH SWT yang sifatnya tidak sama dengan segala yang baharu. Wujudnya Tuhan itu hanya ada pada zihin atau pada fikiran kita. Akal kita tetap mengakui adanya Tuhan kerana buktinya, alam ini ada, seluruh makhluk ini ada, langit dan bumi ini ada, pergantian siang dan malam ini ada. Semua itu menunjukkan wujudnya Tuhan. Kerana itu, fiiiran kita tetap mengakui Tuhan itu ada.

Tetapi, sekiranya kita hendak melihat Tuhan itu di luar fikiran kita, apakah boleh? Tentu tidak. Kerana, kalaulah ada temampak oleh kita -akan ALLAH di luar fikiran kita, itu bukan ALLAH. Itu adalah makhluk ALLAH. Tersesatlah kita kalau makhluk ALLAH yang kita lihat itu, kita katakan ALLAH. Hal ini memang berlaku. Setengah-setengah orang, dia melihat makhluk ALLAH dan itu dikatakannya Tuhan.

ALLAH Tidak Dapat Kita Lihat Di Luar Fikiran

Jadi, ALLAH SWT tidak dapat kita lihat dan tidak dapat kita gambar-gambarkan di luar fiiiran kita. la hanya maujud di dalarn fikiran kita. Akal fikiran kita tidak dapat menolak wujudnya Tuhan. Bukti dan dalilnya sudah jelas. Tetapi, kalau hendak kita cari-cari di luar fikiran kita, itu tidak boleh. Kalau kita jumpa zat Tuhan di luar fikiran kita, jatuh syiriklah kita. Sebab itu, mempelajari ilmu tauhid ini agak lain dari mempelajari ihnu lain. Ilmu tauhid, lebih banyak kita pelajari, lebih tak dapat. Tetapi, kalau semakin kita belajar, semakin nampak zat Tuhan, itu ertinya kita sudah silap belajar.

Sebab itu, dalam kita mempelajari ilmu tauhid ini, jangan sampai zat Tuhan itu nampak di luar fikiran kita. Setelah kita pelajari dan kita ketahui zat Tuhan itu begian-begian sifatnya di dalam akal fikiran kita, jangan sekali-kali hendak kita gambarkan di luar fikiran kita. Kerana wujudnya ALLAH itu hanya pada zihin tetapi tiada maujud pada kharij atau di luar fikiran.

Sifat Salbiah

Sifat salbiah atau sifat ‘adamiab pula ada lima semuanya iaitu Qidam, Baqa’, Mukholafatuhu Lilhawadisi, Qiamuhu Taala Binafsihi dan Wahdaniah. Sifat salbiah ini adalah sifat yang dibangsakan kepada tiada ataupun kepada menafikan. Dikatakan sifat yang menafikan atau sifat mentiadakan, kerana dengan lima sifat yang terkandung dalam sifat salbiah inilah yang menolak sifat-sifat lawan bagi ALLAH SWT. Bila kita sebut saja salah satu daripada lima sifat yang terkandung dalam sifat salbiah ini, dengan sendirinya tertolak lawannya. Jadi, salbiah menafikan sifat yang tidak layak bagi ALLAH SWT.

Umpamanya, kita ambil salah satu daripada lima sifat yang terkandung di dalam sifat salbiah ini. Katalah sifat Qidam atau sedia bagi ALLAH SWT. Seperti telah kita huraikan sebelum ini, sedia bagi ALLAH SWT adalah sedia yang tidak ada permulaan. Bukan sedia sepertimana sedianya makhluk iaitu sedia yang disediakan. Ada yang menyediakannya. Bererti sedianya makhluk, ada permulaan.

Tetapi, bila kita katakan bahawa Qidam bagi ALLAH SWT itu adalah sedia yang tiada permulaan, dengan sendirinya sudah ternafi ada permulaan. Ertinya, sifat Qidam bagi ALLAH SWT itu sendiri sudah menafiian ada permulaan tanpa perlu kita datangkan hujah-hujah yang menafikan. Erti Qidam itu saja sudah cukup untuk menolak sifat lawannya.

Begitu juga dengan sifat Baqa’ yang bererti ‘kekal’. Bila kita katakan ALLAH bersifat kekal, dengan sendirinya ternafi sifat lawannya yang mengatakan ALLAH itu ada kesudahannya. Ertinya, kekal itu sendiri sudah menunjukkan tidak ada kesudahan. Tidak payah lagi kita datangkan bukti-buktinya.

Kemudian sifat salbiah yang lain ialah Mukholafatuhu Taala Lilhawadisi. Ertinya bersalah-salahan ALLAH SWT itu dengan sifat yang baharu. Bila kita katakan yang ALLAH SWT itu bersalah-salahan dengan segala yang baharu, dengan sendirinya kita telah menafikan sifat lawannya yang mengatakan ALLAH itu serupa dengan segala yang baharu.

Seterusnya Qiamuhu Taala Binafsihi iaitu berdiri ALLAH SWT dengan sendirinya. Maksud berdiri dengan sendirinya di sini adalah, pertama ALLAH SWT tidak berhajat kepada zat tempat Dia berdiri, dan yang kedua ALLAH SWT tidak berhajat kepada yang menjadikan-Nya. Dulu telah kita bahaskan bahawa ALLAH SWT tidak berhajat kepada zat tempat Dia berdiri kerana ALLAH SWT itu bukan sifat. Dia adalah zat yang wajibul wujud atau wajib ada. Zat tidak memerlu kepada zat. Yang memerlukan zat adalah sifat, sedangkan ALLAH SWT itu bukan sifat. Sebab itu, ALLAH SWT tidak memerlu kepada zat tempat Dia berdiri.

Kemudian, ALLAH SWT itu tidak memerlu kepada yang menjadikan Dia. Ini adalah kerana ALLAH SWT itu tidak ada siapa yang menjadikan-Nya. Ertinya, bila kita katakan yang ALLAH SWT itu bersifat Qiamuhu Taala Binafsihi, ertinya ALLAH SWT itu berdiri dengan sendirinya dengan tidak ada siapa yang menjadikannya. Sekaligus temafi ALLAH SWT itu ada yang menjadikan dan sekaligus juga temafi ALLAH SWT itu memerlukan kepada zat tempat dia berdiri.

Dan begitu jugalah dengan sifat Wahdaniah, yang ertinya ALLAH itu esa. Bila kita katakan yang ALLAH SWT itu esa atau tunggal, dengan sendirinya temafi sifat lawannya yang mengatakan ALLAH SWT itu berbilang-bilang. Iaitu kalau ALLAH itu esa atau tunggal, ternafilah ALLAH itu dua atau ALLAH itu tiga, empat dan seterusnya.

Demikianlah yang dikatakan sifat salbiah itu sifat yang menafikan bagi lawannya. Sifat salbiah menolak sifat yang tidak layak bagi ALLAH SWT. Kesemua lima sifat itu apabila disebut saja, ia degan sendirinya menolak sifat-sifat lawannya

Jadi hakikatnya sifat salbiah ini ialah sifat menafikan atau yang menolak perkara yang tidak layak agi ALLAH SWT. Iaitu, menolak atau menafikan bahawa ALLAH itu ada permulaan, ada kesudahan, ada penyerupaan dengan segala yang baharu, ada berhajat kepada zat yang lain, ada berhajat kepada yang menjadikan DIa, dan berbilang-bilang. Dan sebab itulah juga sifat ini disebut sifat ‘adamiah iaitu sifat yang dibangsakan kepada nafi.

Artikel ini adalah bagian dari buku Aqidah Mukmin Siri 3 yang berisi buah fikiran dan ilham dari Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Artikel Terkait :

2 Tanggapan to “Bab 32 Bahagian-bahagian sifat dua puluh bagi ALLAH”

  1. a.a.r said

    Firman Allah dlm surah al’A’raf 6:180 yg bunyinya: “Dan Allah Taala itu memiliki nama-nama yg sangat indah, berdoalah (dengan menyeru-nyeru) namaNya…”. Sudah termaklum bahawa nama-nama Allah Taala itu juga merupakan sifat-sifatNya. Seperti nama AR RAHMAN yakni Yang Maha Pengasih, Dia juga bersifat dgn sifat pengasih. Maka sebab itu kita selalu menyebut-neybut diakhir-akhir ungkapan doa itu.. ya rahmannn ya rahimmm ya zaljalali wal ikramm. Soalnya, jika benar SIFAT-SIFAT 20 itu adalah sifat ALLAH, mengapa dari dahulu sehingga ke hari ini tidak ada para khiyai, ulamak-ulamak dan ustaz-ustaz menggunakan mana-mana nama sifat dari 20 sifat itu menyebut-nyebut dan menyeru-nyeru sifat-sifat itu di dalam doa-doa mereka? Misalnya menyeru: Allohumma Ya Mukhalafatuhu LilHawadis, tub ‘alaina jami’an waktubna minat ta’ibin innaka antal mukhalafatuhu lilhawadis..(Ya Allah Wahai Tuhan Yang Bersalah-salahan dgn sesuatu yg baru…terimalah taubat kami, jadikanlah kami dari kalangan org yg sentiasa bertaubat krn sesungguhnya Engkaulah tuhan yang bersalah-salahan dgn sesuatu yg baru…) mengapa tidak ada? Satu persoalan yg penting. Coba ditanyakan kpd para ilmuan sifat 20 ini. Jika bersungguh-sungguh beriman dan bertauhid kpd sifat 20 ini semata-mata tetapi tidak mengamalkannya, untuk apa diimani? Bukankah itu namanya kufur?

    • Anda terlalu gegabah dalam menyimpulkan dan tidak faham bacaan sndiri..
      Guna sifat 20 bukanlah untuk disebut dalam doa. melainkan untuk ditanamkan dalam keyakinan diri…

      Lagipula tidak ada anjuran baku untuk mengucapkan dalam doa, jika anda berkata sprti itu, coba tunjukkan dalil shahih kepada saya…

      anda faham Out Of Topic??
      itulah yg anda berikan skrg, pembahasan kemana, pemikiran anda malah kemana…

      Fahami dan pelajri dulu, kenapa, bagaimana dan untuk apa kita belajar tauhid..

Silahkan Berkomentar

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

 
%d blogger menyukai ini: